Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saya Sayang Kamu

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Followers

Tuesday, July 31, 2012

~~ Esok 1 Ogos 2012.. Masuk hari ke 12 Ramadan = Menghampiri separuh Ramadhan...

Cepatnya Ramadan nak tinggalkan kami...
Sebulan terasa singkat sangat...
Semoga kita beroleh rahmat dan barakah di dalam bulan mulia ini..
Amin...



~~Oh dekatnya SABAH dengan semenanjung...

Huhu.. Ayat nak sedapkan hati jek tu,..

Kalau takde kapal terbang, satu je alternatif nak sampai semenanjung, iaitu kapal laut.. Huaa....

Agak2 berapa jarak KK dengan KL yeh?

Jum kira...

Normally, pilot akan bgtau kelajuan kapal terbang etc...

Contoh :

Kelajuan : 870 km/jam
Tempoh masa : 2 jam 30 min

Jarak = Kelajuan x Masa

d = km/j x j
d = km

So, 870 km/j x 2.5 j

= 2,175 km
= 2,175,000m


Uwa... Juahnye... Patutle tiket mahal....

Dah la terbang ketinggian 38,000 kaki dari paras laut.. Huhu...

Dari KL-PAHANG-LAUT CHINA SELATAN-KK

k, bai...

~` Nasi goreng kampung idaman...

By my husband...

He promise will cook one for me... InsyaAllah...

Wah... Tak sabarnye nak mamam.. Ngeee..~~

~Fevret menu masa sahur...

Lobak masin goreng telur...

Ni masa kecik2 dulu, bangun sahur sebab menu ni jek.. Heheh... Arwah abah cukup suka...

Nak masak pun senang je...

Hari tu dah beli stok tapi lum buat...

Ye lah.. Tgh2 baru bangun tido nak goreng panas2, pikir dua kali jugak.. bek makan roti ke,, cpat sikit... Hehe....

Cara dia senang je :

Beli lobak masin yang dah di hancurkan.
Pastu goreng dengan minyak sampai lobak masin tu fully cooked. Then tambah telur, and bawang n cili merah.. Tak perlu dah tambah garam ok..!!

Siap..!!

Makan panas2 baru terasa kick nye....

Yummy...

~~Macarons...

Aiya.. tu la... Sapa suh tgk My Kitchen Rules semalam kat channel 702... Kan dah teringin nak makan macarons... Hehehe... Wpun ada gak peserta yang buat laksa, tapi tak de la terliur mcm macarons.. Haha..

Rasanya sebab filling dia kot... Macam2 flavors.. =p


sumber : http://decochoco.blogspot.com/2012/07/lemon-strawberry-macarons.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+DecoChoco+%28Deco+Choco%29


Lemon/ strawberry Macarons

Bahan-bahan:
40g telur putih
30g gula kastor
40g almond ground
70g icing sugar
1 sudu kecil lemon / strawberry paste
sedikit pewarna kuning / merah

Lemon Krim :
50g cream cheese
50g whipping cream
1 sudu kecil gula kastor

Cara-cara
Ayak almond ground,dan icing sugar.

Dalam mangkuk lain, pukul telur putih dgn gula kastor sehingga bertanduk. Masukkan bahan yang diayak. Masukkan lemon/ strawberi paste dan pewarna kuning/merah. Kaup balik dengan spatula sehingga sebati. ( Nak tahu ok ke dak... kaup sket adunan dengan spatula, tuangkan semula ke dalam mangkuk. Kalau dia jatuh smooth seperti ribbon... kira ok ler tu. Kalau pekat... kacau lagi tapi jangan sampai terlebih pulak.. Proses ni amat ptg . )

Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat... pipe bentuk bulat sebesar 2.5-3 cm. Ketuk-ketuk belakang dulang untuk memecahkan gelembung2 udara yang terbentuk.

Biar permukaan betul-betul kering sebelum dibakar ( bila sentuh, aduanan tak melekat pd tangan... sket pun tak.. takde rasa lekit2 pun .. hat ni pun ptg jugak ni.. kalau tak macarons jadi merekah bila dibakar.)

Bakar selama 15 minit dgn suhu 150 degree - hat ni pun bergantung pd oven gak dan saiz macarons yg kita buat.
copy dari : http://decochoco.blogspot.com/

~~Selsema... =[

Masuk ni dah dekat seminggu selsema... Uwa......

Sok sek sok sek....

~~ Lagi 2 hari..

Hehe..
Mode happy sebab nak berbalik buka puasa kat kampung InsyaAllah hujung minggu ni...
Abg gerak dari Raub.. InsyaAllah semoga semuanya selamat...

Semalam terasa nak makan sup sayur.... So buat la sikit.. dengan tauhu n sayur sawi...
Pastu masak makaroni cikit..
Dessert buat kuih sagu gula melaka... NNti nak buat kat abg lah masa kat kampung.. Hehehe

Semalam abg buka pose ngan nasi tomat... air leci... Smpai sengkak katanya meneguk air leci.. heee..

Amboi, penat betul kerja semalam katanya...

Xpe2, lagi banyak pahala dapat kan sayang...
Sahur tadi saya buat roti telur.. Memang saya ni jenis bersahur sebab nak amek tenaga.. di samping dapat pahala bersahur.. ye tak... =)

Ok lah..

Selamat berpuasa... =)

Monday, July 30, 2012

~~Weekend di rumah sewa...

Assalamualaikum wbt..
Entri hari ni berkisar pasal rutin saya kat umah 2 hari lepas...
Hehe...
Permulaan hari Sabtu... Bangun pagi, terus rasa nak mengemas satu rumah..
Hambik...

Heheh...
Dah siap2 tu, kluar jap g bank selesaikan urusan bayaran2..

Then balik umah...

Berbuka dengan Hana hari ni...
Masak sayur lemak kubis dgn udang kering, n telur dadar goreng, n masak kicap ikan... Hee..

So, malam tu lepas terawih Hana buat Apple Crumble.. Yummy... Cedap...


Hari Ahad, ingat nak ikut Hana g pasar, tapi memandangkan mata sesangat mengantuk, jadi terpaksa bagitau tak dapat ikut dia..

Sedar2 je dah jam 2 petang...!!!

Haish... Kalut2 bangun sebab dah lewat nak anta Hana  airport....

Sian Hana.. Mesti dia dah cuak giler sebab memang sesangat lambat da...

Sorry dear... ;[

And buka posa hari tu rasa nak makan mee sanggul goreng.. So menggoreng lah saya and dapat juga berbuka dengan mee sanggul goreng..

Sahur pagi tadi pulak sempat menanak nasik makan dengan sambal ikan bilis kak fina..

Alhamdulillah..

Selamat berpuasa..

Friday, July 27, 2012

~~ Hana datang masak kat umah...

Semalam Hana mai umah.. Katanya nak makan nasik ayam.. So, saya ok je.. hehe.. Sebab ada orang masak hari ni...

Resepi nasi ayam Hana memang sedap jugak la.. Terbit bau marjerin yang digunakan untuk menumis...

Last2 saya yang tertido awal lepas maghrib... =)

Abg plak makan nasi putih, gulai ikan, ngan AYAM GOLEK SEBELAH.. huyo...=D

Hari ni plak Hana kata nakw at sardin roll... Wah.....

Tggu post tu esok... InsyaAllah..


Thursday, July 26, 2012

~~Cerita bersungkai semalam...

Sungkai tu maksudnya berbuka puasa dalam bahasa Sabah...

Semalam ada org yg datng buat maintanance ajak berbuka puasa di luar..

So, dalam 6.10 petang saya gerak la...

Sampai je kat kedai yang dicadangkan tu, tutup plak...

Kena la g kedai makan lain.. Bayangkan dah jam 6.30 petang masa tu.. Masa bersungkai dekat Kota Kinabalu ni, 6.35petang..

Then, terus la drive sampai kedai lagi satu, betul2 azan kami sampai...

So, saya makan nasi ayam ngan air pink..

Abg plak bgtau dia mamam nasi lemak n kuih cara... yummy...!!

Apa menu berbuka petang ni ye?

~~Pengaruh hormon dalam kitaran haid dan kehamilan


sumber : http://www.klinikkeputihan.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=10

Pengaruh hormon dalam kitaran haid dan kehamilan


Setelah kita mengenali kitaran haid dari artikel yang lalu,mari kita sama-sama pula menjelajah lebih jauh lagi dalam memahami fungsi dan pengaruh hormon wanita disebalik kitaran haid dan kehamilan.





Ramai yang menyangka bahawa haid yang jarang berlaku adalah disebabkan oleh saluran fallopia yang tersumbat namun sebenarnya masalah ini lebih dikaitkan dengan masalah hormon, bukan struktur laluan haid.Realitinya ialah kitaran haid yang tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur yang secara tidak langsung menjadikan seseorang wanita itu mengalami masalah kesuburan.Fakta apabila tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid maka ini bermakna tiada peluang untuk seseorang wanita itu hamil pada pusingan tersebut.





Estrogen meregulasi Progresteron





Sewaktu proses haid, penghasilan hormon ternyata sangat penting. Hormon ini adalah hormon utama yang menentukan pembentukan seks atau jantina seorang individu ianya dinamakan hormon estrogen. Estrogen merupakan satu-satunya hormon yang paling penting dan utama. Sekiranya paras estrogen tinggi di dalam badan seorang manusia maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol. Estrogen menzahirkan sifat-sifat kewanitaan terserlah serta berfungsi untuk membentuk tubuh badan wanita,pembentukan payu dara dan kitaran haid pada setiap bulan. Estrogen berjalan di dalam darah ke tisu-tisu badan di mana terletaknya reseptor-reseptor estrogen. Reseptor wujud di seluruh badan, di otak faraj, buah pinggang dan lain-lain. Molekul estrogen akan melekat pada reseptor dan menghasilkan tindakbalas pada organ-organ tersebut.





Estrogen adalah kunci di dalam kesuburan seorang wanita. Sewaktu hamil ianya menjadi hormon utama untuk membina tisu-tisu di dinding endometrium sewaktu fasa proileratif (Sebelum telur menetas). Untuk tujuan ini ia meregulasikan pengeluaran hormon progresteron. Progesteron bertindakbalas dengan kadar pengeluaran estrogen yang sihat. Isyarat yang baik akan merangsang progesteron untuk keluar dan jika progesteron gagal dirangsang maka dinding rahim gagal membentuk tisu-tisu dan limfa-limfa serta pembuluh darah yang tebal dan subur sesuai untuk kehamilan.





Kadar Estrogen normal





Kadar normal estrogen bergantung kepada usia. Wanita berusia antara 20 hingga 29 tahun lazimnya memiliki kadar estrogen yang rata-rata berukuran 149 pg/ml (piktogram per mililiter).Manakala seorang wanita berusia 30 hingga 39 tahun rata-rata memiliki kadar 210 pg/ml.Bagi wanita yang berusia lebih dari 40 tahun dan masih belum mengalami menopause akan memiliki tingkatan estrogen rata-rata sekitar 152 pg/ml.Rata-rata kadar tingkatan estrogen seseorang wanita itu bervariasi dari hari ke hari bergantung kepada kitaran haid .





Kadar Estrogen Rendah





Kadar estrogen dianggap rendah apabila hanya berada pada paras 10 hingga 20 pg/ml.Ini berlaku mungkin disebabkan oleh menopause, anoreksia dan sindrom Turner. Melakukan sukan atau latihan ketahanan yang ekstrim juga dapat mengurangi kadar estrogen.Antara beberapa gejala kadar estrogen yang rendah termasuk mengalami lelah, hot flashes, berpeluh di malam hari, kekeringan pada faraj dan hilang tumpuan atau konsentrasi.Ianya juga membuatkan seseorang wanita itu merasa tidak bertenaga dan cepat lelah.





Kadar Estrogen Tinggi





Sementara estrogen yang diparas 200 pg/ml keatas boleh dianggap tinggi. Pada lazimnya kadar estrogen akan meningkat disebabkan obesiti, penyakit jantung atau masalah pencernaan.Stres juga adalah antara punca yang turut menyumbang kepada peningkatan estrogen yang tinggi.Antara gejala estrogen tinggi meliputi rasa cemas, tekanan jiwa dan juga insomnia.Adalah amat penting bagi mengawal paras estrogen yang seimbang bagi mengelakkan risiko barah payudara dan barah serviks yang amat digeruni oleh setiap wanita.Ujian darah,air kencing atau air liur dapat mengesan paras estrogen bagi tujuan rawatan susulan bagi kes-kes ketidak seimbangan estrogen.





Salah tanggapan tentang masalah Haid





Haid yang tidak teratur bukan penyebab bertambahnya berat badan seperti anggapan sesetengah wanita. Anggapan seperti haid tersumbat boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah satu tanggapan yang tiada asasnya. Sebaliknya, berat badan yang berlebihan atau terlalu kurus sebenarnya yang menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah obesiti juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).





Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan yang berlebihan, haid tidak teratur, menandakan paras hormon androgen yang berlebihan(kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan.Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan

~~Keputihan dan Kehamilan....

sumber:  http://thecoloursofmylife-sue.blogspot.com/2010/07/keputihan-dan-kehamilan.html

Keputihan Dan Kehamilan


Posted by Sueozana Labels: Kesihatan, Pendidikan


Masalah penyakit keputihan wanita (keputihan) merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.
Masalah keputihan boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan ini mengganggu aktiviti seharian mereka.

Masalah keputihan yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan tersebut adalah normal atau suatu penyakit.

Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta sewaktu kehamilan.

Menurut Illinois Department of Public Health, bakteria atau kulat yang menyebabkan penyakit keputihan mampu ‘menyerang’ TIUB FALLOPIA dan UTERUS seseorang wanita yang dijangkiti keputihan. Keadaan ini menyebabkan kesukaran kepada wanita yang dijangkiti keputihan untuk hamil.

Penyakit keputihan menjadikan sistem tubuh seseorang wanita itu tidak subur dan menyebabkan risiko KEHAMILAN EKTOPIK (ECTOPIC PREGNANCY).

Dalam istilah perubatan, perkara sebegini adalah lebih dikenali sebagai “Pelvic Inflammatory Disease (PID)”. Anda boleh bertanya dengan lebih lanjut PID ini kepada doktor yang merawat anda.

Selain itu, bakteria atau kulat daripada jangkitan keputihan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada TIUB FALLOPIA.

Kerosakan Salur Fallopia kerana Keputihan
Jika berlaku kerosakkan begini, maka peluang untuk seseorang yang dijangkiti keputihan untuk hamil adalah sangat tipis sekali. Antara langkah bijak yang perlu diambil segera adalah dengan menghalang daripada dijangkiti keputihan ini. Sekiranya seseorang itu sudah dijangkiti keputihan, dia perlu merawatnya dengan kadar yang segera.
Kehamilan Ektopik
Sifat serta banyaknya cairan keputihan boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting, iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Di bawah adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan yang abnormal:



>> Jangkitan kulat candida atau monillia, mengeluarkan keputihan yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal.



>> jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal



>> Jangkitan bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau.



>> Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah.



>> Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk.



Lain-lain penyebab keputihan:



>> Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen.



>> Ubat seperti antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen



>> Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

Antara perkara yang perlu untuk diketahui /diambil :

1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan.
2. Tidak menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin atau penggunaannya berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang berfungsi melindungi terhadap kuman dari luar.

3. Menjauhi tekanan yang berlebihan

4. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil

5. Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan

Wednesday, July 25, 2012

~~Sedapnya kuih lopeh

Alahai... Sedap plak rasa kalau boleh makan kuih lopeh masa berbuka nanti...
Hehe.. Bahan2 dan ada.. beras pulut, kelapa mesin, air gula melaka, pewarna hijau..
Ayuh, rajinkan diri... !!

~~Wanita, tolong alert..

sumber : http://portal.alamhamil.com/

Jangkitan Kuman Bakteria Vaginosis


Details

Created on 16 July 2012 Last Updated on 16 July 2012 Published on 16 July 2012 Written by Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah Hits: 27 .

Bakteria vaginosis adalah di antara jangkitan kuman pada faraj yang kerap terjadi di kalangan wanita terutamanya pada usia reproduksi. Kesihatan faraj wanita selalunya dikawal oleh kehadiran bakteria baik ( Normal Flora ) yang boleh membantu mencegah pembiakan bakteria tidak baik.

Sekiranya kehadiran bakteria baik menjadi kurang, bakteria tidak baik akan membiak dan mengalakan penwujudan bakteria yang lebih serius, ini termasuklah bakteria vaginosis.

Jangkitan Vaginosis biasanya hilang dengan sendiri tanpa sebarang rawatan tetapi jangkitan yang kerap boleh membawa kepada masalah yang lebih teruk.

Siapa yang berisiko
Bakteria vaginosis boleh terjadi dengan sendiri tetapi terdapat faktor-faktor yang menyebabkan anda cenderung untuk mendapatkan jangkitan ini. Anda lebih berisiko sekiranya anda;
Melakukan douch atau membilas ruang faraj dengan kerap
Memakai pantilinerMembasuh faraj dari belakang ke depan
Memakai seluar yang ketat seperti jeans
Memakai seluar dalam tebal menyebabkan vagina kurang ventilasi
Mempunyai pasangan seks lebih dari satu
Sekiranya anda merokok dan meminum alkohol
Memakai IUD sebagai alat perancang keluarga

~~ 10 Tanda Kehamilan.. Just untuk info ye...


sumber : http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/semasa-hamil5/123-10-tanda-hamil.html?showall=&start=1


Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.



Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!



1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.



2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.



3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.



4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.



5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari


Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.



7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.



8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.



9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.



Dan akhirnya..



10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...



...Tahniah!

~~Thanks kat semua kawan2 opis di kk sudi bagi hadiah... =)

Alhamdulillah... =)

~~Arif wif Makcik Kimi n Auntie Hana..

             Last day ngan dak kecik ni... Moh Arif Hakimi b Khairul Hafizi..                                                    
Mak dia dapat transfer balik Kuala Terangganu... =)


InsyaAllah, jumpa lagi nnti... 

~~my anak buah.. ni la baru dapat pompuan sorang...

hee...

Nur Husna Ahmad Mubarak.....!!

jumpa makcik kat kedah nnti ye.. InsyaAllah..

~~ Pemimpinku... =)


Arwah abah pernah pesan, kalau boleh sentiasa sembahyang berjemaah suami dan isteri..

Alhamdulillah... Besar pahalanya di sisi Allah...

Mak plak pesan, sehari paling kurang baca satu ayat Quran.. Kalau malas sangat baca satu huruf.. Tapi takkan le malas sangat dah besar panjang ni kan... =)

Mekasih mak n abah...

~~Kursus + happy bersama kelurga...

Bebaru ni kan saya ada kursus di Penang... So memang excited sangat sebab dekat ngan kampung dah.. So, my hubby bagi izin, terus la rasa tak sabar2 nak balik umah... =)
Apa pun, jum tgk gambar dulu...

 Ni masa kat airport Penang, dah nak balik KK dengan Pn Rokiah, my Senior Chemist... Berbaju ungu.. My mum n my sis also ade... Camerawoman nya adalah my kezen, Zack.. Thanks a lots Zack...=)

 Menu makan malam kat umah a night before nak balik KK esoknya.. Happy betul mak sebab Pn Rokiah datang umah... Siap masak macam2 lagi.. =) Paling best ada cucur cempedak goreng.. Hehe...

 Ni plak bergambar dengan Pn Husna n Pn Rokiah.. Ekceli saya ganti tempat Pn Husna di Sabah after 3 years dia di KK.. Hope saya pun boleh dapat balik ke semenanjung after 3 years la kan... =)

 Gambar lagi...

 Lagi...

 Dan lagi...

 Kak fina posing depan pintu bilik hotel.. Luas sangat... B-Suite Hotel Penang...

Mak pun bagi posing sikit.. Hehehe...

~~Sambal bilis kering versi kak fina..

Hee...
Stok ni memang selalu saya bawa balik Sabah kalau balik kampung...

=)

Sedap sangat tau.. Rupanya step masa memasaknya pun penting...

Mula2, blend cili giling ngan belacan.. my husband tak makan belacan, so kena la skip step tu.. hehe..
tumiskan cabai blender dulu..
Kemdian biar dia masak dulu cabai tu, blend plak bawang besar..

Pastu bila dan masak cabai giling, tuangkan bawang besar yang dah diblend tu..

Biarkan atas api, masukkan asam keping sekeping, tunggu sampai pecah minyak... Biar sambal tu masak elok..

Meantime, rendamkan ikan bilis (klau beli ikan bilis halus yang sabah tu, memang kena rendam dulu sebab sangat le masin)..

Pastu goreng ikan bilis sampai garing, angkat n toskan dari minyak..

Bila sambal dan mula masak, campurkan ikan bilis goreng tadi, then kacau2 sampai semua ikan bilis kena sambal tu...

Then, siap le..

Make sure sambal kita betul2 pecah minyak baru lah leh tahan lama..
Macam kes saya lah kan, nak bawa balik sabah, jadi buat stok yang tahan lama sikit..

Balik sini, panaskan aje..=)

~~ Cheese cake version kak fina...

InsyaAllah, mungkin pihak kelab kakitangan islam kat ops sedang merancang untuk adakan majlis iftar bersama semua staf beragama islam kat opis nnti..

Rasa macam nak je buat cheese cake ni sebagai buah tangan nnti.. Hehehe.. Harap2 menjadi la..

Semalam kak fina dah bagi resepi...

biskut marie dalam 15 keping, hancurkan. Tambah 2 sudu butter yang dipanskan then gaulkan bersama biskut marie yang dihancurkan, kemdian amek loyang, tekan biskut marie dalam loyang sampai padat..  kalau nak kreatif, roast la badam ke, pecan ke, hazelnut ke, almond ke, then hancurkan boleh mix dengan biskut marie untuk add tekstur pada based cake kita tu..=)

Pastu, untuk adunan cheese, beli la cream cheese 250 g, sakura or any brand, then add dalam mangkuk, gula 1/4 cawan (kurangkan gula ye untuk kesihatan), grate kulit lemon sikit, then amek satu sudu besar air lemon, tambah vanila essen 1/2 sudu kecik, telur 2 biji ye.. putar semua bahan ni.. especially after dah masuk telur, make sure putar kejap je ye...

Pastu tuang adunan cheese dalam loyang yang dah ada base biskut marie tadi, then bakar dalam oven suhu 170 C selam 1/2 jam atau sampai dah nampak kekuningan la... Petua : amek dulang oven, letakkan loyang atas dulang, add some water, baru bake dalam ovven... to ensure based tak hangus la..

Then, sejukkan dulu kat luar, before masuk dalam peti.. After 4 hours, tadaaaa.... potong n makan ler...

~~ Bubur chacha...

Alhamdulillah.. semalam boleh jugak buat bubur chacha kat umah...
Ni memang fevret saya la.. wpun abg tak berapa gemar katanya.. Hehehe..

Jadi, semalam tepun mak tanyakan resepi nak buat bubur cha cha ni.. senang je rupanya kan...

Rendam bubur chacha dalam 1/2 jam, n kalau ada sagu leh rendam gak satu sudu besar dalam 1/2 jam..

Didihkan air, masuk daun pandan, dan bila dah mendidih, tos bubur chacha yg direndam tu then masukkan dalam air yang sedang mendidih.. pastu masukkan santan/susu cair dalam 1/4 cawan.. kalau nak kuah cair la.. kalau nak pekat, ikut suka hati.. =)

Then, masukkan gula, garam sikit, then masukkan sagu yang direndam tadi..

Siap untuk dihidang... =)

Selain tu, untuk menu berbuka semalam, saya goreng sayur kobis dengan carot sikit, then ikan tuna goreng cicah budu..  nyum2...

Abg plak beli nasi ngan lauk gulai ayam...  pastu beger malaysia 3 biji.. =)
Air abg buat teh lipton peach... wah...

Oklah.. Semoga puasa hari ke-5 harini lebih baik.. InsyaAllah..




Tuesday, July 24, 2012

~~my spesel. daging masak kicap.. fevret abg..=)

daging - potong dadu ikut urat ye..
bahan perap - bawang besar 2 biji, blender halus,
bahan yg perlu disangai - jintan manis, jintan putih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih, cili kering 8 tangkai - then terus blend. Hati2 sebab memang boleh bersin or batuk2 kat dapur...

Dalam besen, masukkan daging, n gaul dengan bawang besar blend... masukkan bahan kisar.. then perap.. 30 minit ke.. lebih baik semalaman.  baru sedap lagi kot.. hehe..

Then, amek kuali, letak minyak, tuangkan daging yang diperap... masa ni memang dah bau wangi satu rumah... tutup belangan dengan tudung periuk.. ikut suka la.. tunggu sampai daging empuk...

Masukkan gula kabung aka gula melaka, then kicap manis, then garam... nak lagi sedap, masukkan daun kari....

Siap untuk di hidang...

=)

~~ Biskut makmur resepi mak ndak..

Inti :
Kacang tanah or yg len2 roast kemdian cincang halus.
Dalam kuali, masukkan kacang, gula, milo*option then kacau sampai melekat sebati.

Kulit.
Tepung gandum, minyak sapi yang dipanaskan atas api, tuangkan minyak sapi yang tengah panas tu dalam tepung gandum.. Uli perlahan2.. then boleh gentel masukkan inti, then buat bentuk bujur.. P/s: bila di bakar, biskut akan kembang sikit, so make sure gentel kecil2 dan sempurna.. hehe...

Bakar dalam oven, cam besa, 190 C sampai keperangan.

Then, untuk bahagian luar, guna gula icing, atau blend je gula, gaul2 biskut dalam gula, then siap..

Masuk balang display.. hehehe...

~~ Nasi ayam ala mak ndak...

Last 2 years, saya pernah duk kat umah mak ndak almost 7 months.. So, memang banyak jugak resepi saya sempat belajar ngan makndak ni...

Antaranya ialah nasi ayam...

Memang terkenal nasik ayam mak ndak ni.. Hehe

untuk ayam,
1. rebuskan ayam.
2. then, ayam yang dh direbus, lumur dengan madu n sos tiram, letak kat tepi..

untuk nasi,
1. sukatan, 1 cawan air biasa, 1 cawan air rebusan ayam.
2. let say, buat dua cawan beras, then letak satu cawan air biasa n satu cawan air rebusan ayam.
3. before masak nasi, beras tu basuh dulu.
4. Panaskan peyuk, tuang minyak sikit, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, bila dah naik bau, masukkan beras. Kacau sampai sebati.
5. Masukan air, then tanak sampai masak..tak kisah lah nak guna periuk elektrik atau manual atas dapur..
6. Jangan lupa garam.

untuk sup,
1. lebihan stok ayam, masukkan halia, rempah sup, bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, pelaga, then masukkan garam gula, nak sedap tambah daun bawang n daun sup, ketumbar sikit...

untuk sos cili,
1. tumiskan cili giling, then air asam jawa, gula garam...

untuk sambal kicap,
1. cabai melaka, bawang putih blend, then mix dengan kicap manis. siap.

hiasan.
salad, tomato, timun.

Sangat express... Yang penting semua bahan ada.. hehe...

~~ Sup Ketam nipah ala Hana..

Seriously saya tak penah makan ketam nipah.. Selalunya ketam biru tu jek...

Then, bebaru ni Hana said to me, dia nak masak ketam nipah... the petua is, ketam must alive until u cook them... =)

Dalam periuk, didihkan air, masukkan serai, halia, lengkuas, garam gula, nak pedas tumbuk cili padi sikit...then bila dah mendidih, masukkan ketam nipah yang tengah gerak2 tu.. (saya tak leh tengok, kecian.. huhu..)

Kejap je simmer dalam air didihan tu, then siap...

Memang makan tak hengat orang tepi...

p/s: make sure batu lesung n talam tersedia di tempat makan anda... =)


~~ Sagu gula melaka Hana

Resepi ni Hana yang bagi.. Sebab masa dia datang umah, kebetulan dekat umah ada air gula melaka, ada sagu n susu cair... Then dia kata sedap kalau buah kuih sagu gula melaka...

Rendamkan sagu, then, didihkan air dalam periuk, masukkan sagu, then kacau sampai sagu jadi kembang dan tak de warna putih (turn to lutsinar)..

Then, masukkan dalam mangkuk...

Tunggu sejuk n keras sikit..

Kemdian, letak dalam peti...

Bila dan sejuk2, tuangkan air gula merah n susu cair... Ready to eat...

So simple yet delicious.... !!

~~Sup ayam version saya..

Tumiskan bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaha,  halia....then masukkan serbuk rempah sup, then masukkan kentang n lobak yang dipotong dadu... kemdian, masukkan ayam....then  balik2 kan semua bahan dalam periuk sampai sekata... n naik bau.. kemdian masukkan air sikit sampai menutupi paras ayam... tunggu sampai mendidih.. gula n garam.. siap untuk dihidang.. kalau nak sedap, leh letakkan batang saleri...

~~Ayam goreng pedas manis mak ndak..

Ayam, gaulkan dengan serbuk cili n gula.. tu je..

Then goreng..

Sedap jugak..

~~ Ayam goreng fevret abg...

Resepi ni kak ina dapat dari mak saudara sebelah suami dia...

Memang sedap la sebab rasa tak muak bila makan ayam goreng ni..

Rempah kari ayam baba's, tepung jagung, garam...

Mix all, then gaulkan dengan ayam..

Perap sekejap dalam 5 minit, then goreng.. =)

~~ Mee goreng Kak Nadia

Tumis bawang putih, n bawang merah, biar agak garing kemudian masukkan cili giling, kacau sampai naik bau.. lepas tu masukkan ayam, sotong, kicap, sos, garam, perisa... kalau nak basah, lebihkan air... last sekali, masukkan mee, sayur.. guna api besar .. petua tu... campak2 je semua bahan kan.. yang penting, kena ready.. =)

My hasben suka... =)

~~ Siakap 3 rasa Kak Ina... bawang merah, bawang

Bawang merah, bawang putih, halia, cabai melaka, tumbuk semua..

Then dalam kuali, tumis semua bahan ditumbuk, then masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, then masuk kan bawang merah yang dimayang, mix vege, nenas, tomato yang dipotong dadu... then gula garam.. siap... Kalu nak pedas, leh tambah cili giling sikit...

Untuk ikan, basuh bersih, then tanpa sebarang bahan lain, goreng dalam minyak dengan api yang besar, sampai garing...

Kemdian, hiaskan pinggan dengan salad, letakkan ikan goreng, then tuangkan kuah masam manis...

Slurrp...

~~ Sambal goreng tempe johor

Cili hidup potong2, bawang putih potong2, bawang merah potong2, cili padi 3 biji, potong2, rendam fucuk, rendam suun, kentang potong dadu, then gorengkan, angkat letak tepi, tempe potong kecik2 then gorengkan, angkat letak tepi,

then, dalam kuali, tuang minyak masak, then tumis cili merah, bawang merah, bawang putih, cili padi, then masukkan kentang, tempe, suun, fucuk, then masukkan air sikit, biarkan mendidih.. tambah kicap manis.. gula garam ikut kesukaan..

Fantastic...

~~ Resepi ayam goreng mak Salha..

Yang ni memang fevret.. sejak duk satu bilik ngan sal masa kat u dulu, mak dia sokmo bagi bekal ayam kampung goreng rempah ni.. Dah lama saya nak resepi ni, n semalam sal btau.. hehe..

ayam kampung - tanpa garam dan kunyit ye.. lepas bilas dengan air asam jawa, terus letak dalam kuali, biarkan semua air ayam keluar sampai kering, then tutup api..

untuk tumisan, biji ketumbar banyak, tumbuk, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, tumbuk semua...

Then, dalam kuali lain, tuang minyak, then tumiskan bahan tumbuk tadi, masuk ayam, then goreng sama2 sampai garing or ikut kesukaan.. tambah gula garam..

Mabeles..

~~ Resepi sambal ikan Kak Ina..

Blender bawang putih, bawang merah, tumis dulu, then masukkan cili giling, serai , then agak masak sikit, masukkan tomato yang diblend, then gula garam secukup rasa...

Ikan, tumbuk kunyit, bawang putih, garam, then lumur dekat ikan, pastu biar kejap, baru goreng, sesudah tu, campurkan dengan kuah sambal..

Sedap.

3 Ramadhan, Berbuka puasa bertemankan henpon.. (en suami temankan.. hehe)

Alhamdulillah.. masuk puasa ke-3 mula lah kena fikir ape nak masak untuk berbuka...
Abg pun kena g bazar beli juadah berbuka dia.. Cian abg.. Sabar eh.. InsyaAllah, nnti kita puasa sama2...
So, semalam menu berbuka.. nasi putih, sambal udang kak fina, sayur bb sawi goreng, budu n ulam kubis.. hehe... teringat kat hasben, tu yang buat budu..

Abg plak semalam berbuka dengan putu mayam, nasi tomato, ayam bakar sebelah.. Tapi abg gtau yang ayam masak merah dah rasa masam sikit maybe diorang masak awal n tak berhati2 masa nak cedok lauk .. mungkin terkena tangan.. jadi cepatlah nak naik masam...

Pagi tadi alhmdulillah sempat CALL kejut abg sahur minum air..

Saya plak nyaris2 nak masuk waktu subuh dah masa tersedar untuk sahur pagi ni.. 445 pagi.. Hehe.. Terus siap2 solat subuh lah sebab dah terjaga kan...

Oklah. Selamat Berpuasa semua... =)

suami saya manja.... :)

Assalamualaikum..

Betullah kata orang, luar nampak garang, tapi dalam hati ada taman yang banyak kebun bunga mawar.. =)
Love you.....

Terima kasih Allah... Akan aku jaga amanah dariMu dengan sebaiknya.. Amin...

~~Alhamdulillah.. Tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri..

Wpun saya jauh dengan hubby, tapi tu tak mematahkan semangat saya untuk berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini sebagai isteri kepada En Hafizi b Hasumin....

Alhamdulillah, pengaturan dari Allah adalah yang terbaik...

Mula2nya memang saya plan nak berpuasa pertama dengan suami di Shah Alam pada 21 Julai 2012, Sabtu..

Tapi alhamdulillah, last2 minute, kena attend kursus di Penang selama 4 hari 3 malam di hotel B-Suite Penang.. 16-19 Julai 2012...

Lepas je kawin ritu, saya belum lagi berkesempatan untuk pulang ke kampung di Kedah...

Jadi peluang berkursus di Penang tu memang saya guna sepenuhnya untuk berjumpa dengan mak.. Hehe.. Yang paling bestnya saya bawa mak duk kat hotel ngan saya 2  malam tu... Memang best... Sebab mak saya memang suka jalan2...

Sempat lah jugak bawa mak n Pn Rokiah n kak fina jalan2 pusing Penang...

Hari Khamis balik KK... Then esoknya Jumaat, nek flight ke Kuala Lumpur....

Alhamdulillah, dapat berjumpa dengan suamti tercinta...

Permulaan Ramadhan tahun ni, Allah berikan satu lagi kegembiraan dalam hidup saya dan suami...

Dapat lah juga memasak juadah kegemaran suami, Sambal Udang... =)

Apa pun, antara semua2 tu, saya pasti akan merindui bazar ramadhan di semenanjung... Lebih meriah...

Terima kasih abg kerana sudi bersama saya suka dan duka, susah dan senang.. InsyaAllah, kita berharap yang terbaik dariNya... InsyaAllah....

Bersama suami tersayang seusai majlis akad nikah pada 19 Mei 2012... =)


Friday, July 13, 2012

My in law family...... =)

Masa ni balik ke kampung sebelah suami di Kelantan... Petang2 g riadah jalan2 kat empangan dengan my in laws... =)

~~Floria Putrajaya..

Assalamualaikum....

=) Bebaru ni saya balik ke Shah Alam bertemu dengan en suami... Kebetulan tengah ada pesta floria kat Putrajaya.. Dapat jugak pujuk suami pergi ke sana.... Punya lah jem jalan kat jambatan tu... a.k.a berjaya lah kot pernganjuran pesta floria kali ni.....

And bila sampai je kat parking, saya memang dah teruja dah.. hik hik....

Apa lagi, terus posing je..... 

Check tis out... Miss u my "encem".... =D

 Real nih.. Red Thai Chili... Nak try jugak la tanam kat apartment... heee..

 Paddy... =)
 My hubby with his sister... a.k.a my sis in law....
we..... luv u abg.... =D

Tuesday, July 10, 2012

Assalamualaikum...

Wah, lamanya Cik Kimi , eh, Puan sudah... Hehehe.... Lama tak jenguk kat belog ni... Bizi sangat ke? Hehehe.. Ye lah... Maklumlah, pas bercuti panjang haritu, bertimbun keja kat makmal... So sekarang ni memang kena kerah tenaga habis2an la...

Di kesempatan ni, saya nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan AlMubarak yang bakal menjelang kurang dari 2 minggu.... InsyaAllah kita akan mula berpuasa hari Sabtu 21 Julai 2012...

Dalam sedar tak sedar, sudah sebulan lebih saya dan suami bergelar suami dan isteri.. Wpun kami jauh, namun saya kagum dengan suami saya.. Aitceh.. Puji sikit ye abg... =) Yelah, dia kekuatan saya.. Sebab dorongan dan nasihat suami saya, saya masih cekal berada di bumi bawah bayu ini berkhidmat demi untuk negara... Tapi saya tetap akan memohon pertukaran balik ke semenanjung jugak... =) Doakan semoga urusan pertukaran saya dipermudahkan ye... InsyaAllah...

Banyak nak stori tapi satu2 ye.. So hari ni nak upload dulu gambar masa weding kami untuk tatapan rakan2...

Semoga ikatan suci ini berkekalan hingga ke syurga sana, InsyaAllah... Amin...