Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saya Sayang Kamu

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Followers

AzaM pN aKRiMi A.K.a Umi MuhAMMad Habib mOhD hAFiZI

1) Mendidik dan menjaga anak sesempurna dan sebaik boleh

Syukur alhamdulillah saya dah selamat melahirkan seorang insan umat Nabi Muhammad SAW yang diberi nama Muhammad Habib Mohd Hafizi pada jam 8.49pm, berat 2.2 kg, normal di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah...

Setelah 6 bulan saya bercuti (sebulan sebelum bersalin, 3 bulan berpantang, 2 bulan cuti menjaga anak), kini saya dah kembali bertugas di Kota Kinabalu... Kembali berjauhan dengan suami tercinta...

Semoga Allah berikan kekuatan kepada keluarga kami, sama ada dari segi kewangan dan hubungan keluarga bahagia walaupun berjauhan tetap doa dan doa semoga Allah memudahkan kami sekeluarga tinggal bersama suatu hari nnti...

Muhammad Habib sekarang di Taska, alhamdulillah jumpa taska berdekatan dengan ofis... Syukur sgt2.  
Allah tahu apa yang kita lalui.. Jadi, jangan putus2 MENGADU pada Dia... =)

Semoga Allah sentiasa cekalkan hati dan menjadikan kami umi dan walid yang berjaya mendidik anak2 ilmu dunia dan akhirat sebaik mungkin.. Semoga Muhammad Habib menjadi insan yang soleh, baik akhlak dan budi pekerti....

2) Permohonan pertukaran balik ke semenanjung...

Pada 1 Julai 2011 lalu, saya melapor diri di sini, Kota Kinabalu...
Jadi dah nak masuk tahun ke-3 saya di sini... Dari bujang sampai dah ada anak.. Jadi sudah tiba masanya saya cuba mohon pertukarang balik ke semenanjung.... Doakan saya...

3) Rancang kewangan dengan baik....

Memasuki tahun 2014, saya rasa mencabar buat kita semua... Tidak kira dari segi ekonomi, persaingan kerjaya dan sebagainya... Jangan disalahkan keadaan sekeliling, tetapi kita harus cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru yang lebih mencabar ni... Dah tak boleh boros, perbelanjaan kena kawal, kerja kena bersemangat, kalau boleh banyakkan kemahiran diri... InsyaAllah...