Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saya Sayang Kamu

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Followers

Thursday, January 3, 2013

~~ Bulan Januari yang agak sibuk....

Alhamdulillah..

Menginjak ke tahun baharu.. Satu lagi pertambahan masa yang Allah SWT izinkan... Tak pasti sampai bila nikmat nyawa ini akan dipinjamkan...

Yang pasti, semoga hari ini lebih baik dari semalam....

Sebagai hambaNya, tugas ini masih banyak...

Daripada tugas sebagai anak, kawan, rakan sepejabat dan kini isteri dan bakal menjadi ibu kepada umat Nabi Muhammad SAW...

Semoga Allah terus berikan kekuatan dan lindungan kepada kita semua.. Amin...

Fuh, awal tahun dah masuk meeting..

Sebab nak kena settlekan laporan prestasi masing2 dan anak buah...

Termasuk analisis sampel2 yang mula diterima..

Dan tahun ni adalah cabaran baharu dalam bidang tugas..

Dipertanggungjawabkan untuk menyelia aktiviti Batuan dan Air, saya kira agak mencabar sebab walaupun dah setahun lebih saya belajar berdikit2 dengan pegawai penyelia, tapi nyata berbeza bila digalaskan dengan tugas tu secara rasmi...

Takpe, teruskan belajar dan belajar.. Yang penting mahu belajar dan tak kekok bertanya.... =)

InsyaAllah tinggal kurang 3 bulan saya nak selesaikan beberapa tugasan sebelum mengambil cuti yang agak panjang...

Nak kena train anak buah dulu.. Nak kena manage aliran kerja baik2 dulu barulah boleh bercuti dengan tenang...

Doakan saya.. =)

No comments:

Post a Comment

Thanks for comment =)