Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saya Sayang Kamu

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Followers

Wednesday, January 30, 2013

~~Ibu mengandung... =)

~~ Muhasabah diri... Duit dan Nilainya di sisi ALLAH...



Muhasabah diri... Kadang2 kita tak perasan bila tak ditegur... Semoga sama2 kita amek ikhtibar...

~~ Gelagat Meow-Meow.....







sumber : copy dari fesbuk kawan2....

~~ Bercinta........

♥ 19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI ♥




1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari se...hari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Dipersilakan Share ♥

p/s: saya copy dari fesbuk... sebenarnya banyak ilmu rumahtangga ni nak kena belajar.. insyaAllah..sama2 amalkan dan mencari kebahagiaan Ilahi...

~~ Ya Allah.. Kau permudahkanlah... Jangan Kau sulitkan... =[

Hm.. Mood = Kurang baik.....

Berharap sangat ada jalan terbaik untuk selesaikan semua urusan ni...

Amin...

Habib. be strong with umi n walid ye....

Monday, January 28, 2013

~~ Permata hati sabahat2 saya...=)

Abu Huzaifah Mohd Faiz

 Aisya Humaira Mohd Sa'aduddin
 Muhammad Akhfa Al Khafi Sirrul Asrar
 Arif Ilman Mohd Kharussani
 Asiah Aiman
 Hanis Yasirah Mohd Khairul Aizuddin
 Anak Mimi Norzanani
Nur Qaira Muhd Muzammir

Tomei kan semua.... Yang paling lovely, semua ada raut wajah my friends... =)

SubhanaAllah...


~~ My sister membaking pulok.....

My sis yang dekat Paka selalu mms gambo2 masakan beliau.. Hihi...

Jadi saya nak letak jugak la satu gambar ni...

Lazatkan....

=)

~~ Chef Walid.... =)

Ni la hasil air tangan my husband... =)

Masa ni en suami ngadu lapo.... =.=

Last2 terhasil lah megi tu... =)

Nampak sedap kan... Hihihi...

~~Posisi tidur untuk ibu ngandung...


Saya lebih suka mengiring ke sebelah kanan... Ikut sunnah Nabi....

~~ Dari Machang ke Shah Alam...


Berkabus n sejuk....

Lokasi : Kuala Krai... =)

With my husband...

~~ Cheesecake... For my husband....=)






Excitednya menjadi cheesecake saya wpun baru first time gak baking this kind of cake...

=P
Hasil akhir tak sempat snap sebab kalut nak kejar flight... hihi

~~ Durian crepe for my husband..



Ni la hasilnya...

My husband ada tanya pasal durian crepe..

So, wife dia yang rajin ni pun terus la menggoogle dalam tenet.. Jumpa la resepi ni dalam blog Cik Epal... Tak ingat plak link Cik Epal ni.. Harap halalkan ye..

Dapat la my husband merasa durian crepe ni.. Hehehe...

For first time maker macam saya ni, kira berjaya la jugak.. Success..!!!


~~ My kezens kawin..





Tahniah to my kezens yang dah berkahwin...

Dik wan n his wife..

Ja n her husband...

Semoga berkekalan hingga ke syurga kelak.. Amin...

~~ Maulidur Rasul 1434H

Alhamdulillah... Bebaru ni berkesempatan balik semenanjung atau lebih spesifiknya balik Kelate...=)

Kebetulan pulak dengan Maulidur Rasul...

Dari KK terus ke KL.. Then amek flight plak ke Kota Bharu...

Untuk first time nya my mother n father in law datang jemput dekat airport sebab hubby drive balik Kelate dari Raub pada masa yang sama.....

Jadi, kami jumpa kat umah je.. =)

Alhamdulillah... Bekesempatan jugak balik kampung mertua di Kelantan.. Dah lama tak balik...

InsyaAllah ada rezeki balik lagi nnti.. =)

~~ Hari lahir...

Alhamdulillah... Allah masih beri pelung untuk saya saat dan ketika ini untuk bernafas di muka bumi milikNya...

Semalam, flight saya balik KK dari KL...

En suami yang hantarkan dekat LCCT...

Thanks abg untuk segalanya... Thanks wish untuk sayang ngan habib....

Thanks juga untuk hadiah istimewa ni....

InsyaAllah sayang akan cuba belajar dan jadi umi yang penyayang buat anak2 amanah Allah kat kita.. Amin..

Sayang abg ketat2....

=)

Wednesday, January 23, 2013

~~Pedih ulu hati... Bahaya jugak rupanya..

Salam.. Kepada blogger2 yang tengah pregnant, pernah kena pedih ulu hati tak?
Sebab saya ada baca dalam tenet, katanya bila dah masuk 7 bulan ke atas, memang mudah nak kena rasa sakit kat dada a.k.k pedih ulu hati a.k.a heartburn....

Saya pun kena jugak.. Saya ingatkan normal je macam orang mengandung yang len...

But, since lately sakit padih ulu hati selalu sangat kena tiap2 malam before tido, so tadi saya ada appoinment kat klinik.... Jadinya saya gtau la kat nurse yang tiap malam selalu kena heartburn...

Nurse kata bahaya tu..

Sebab selalunya bila kena heartburn, bacaan tekanan darah boleh naik... And kalau naik, boleh menyebabkan sawan or kancing gigi or tarik... Kalau kena lagi pasni, nurse nasihatkan p wad kecemasan, periksa tekanan darah.. Sebab ada kes sebelum ni, ibu ngandung tu selalu gak kena heartburn, bila g kecemasan, Dr check tengok2 tekanan darah dia dah tinggi, so Dr memang force suruh bersalin even baru 32 weeks.... =[.. Tatutnyeee.....

Sebab bila tekanan darah tinggi, ditakuti baby akan kekurangan oksiden.. Keadaan ni boleh membahayakan ibu dan anak kalau dibiarkan....

Antara tanda lain yang mengiringi heartburn ni adalah tekanan darah tetiba naik, ada protien dalam air kencing a.k.a kencing kotor, pening2 dan penglihatan kabur...

So, tadi masa check kat klinik ada +1 protien dalam urine saya... Dr suh check lagi sekali.. pun resultnya +1.... Dr terus suh p check kat makmal patologi hospital sebab takut2 betul ada protien dalam urin boleh kena infection kat baby or kat air ketuban...

Alhamdulillah... Result hospital tadi negatif....

Syukur sangat....

Lepas ni nak kena beware ngan heartburn saya ni...

Harap2 baby sihat dan selamat selalu hendakNya..

Amin

Tuesday, January 22, 2013

~~Cheesecake untuk my hubby..

Salam..

Memandangkan kat umah masih belum beli gas, so plan nya nak buatkan cheesecake untuk en suami...

Harap2 menjadi la... Sebab tak pernah buat..

Hari blog walking kat satu blog tu, dia punya resepi mudah sangat2...

So, let's try...

=)

Monday, January 21, 2013

~~ Saya bakal tidak bergaji selama sebulan.,..

Yea...

Itulah pengorbanan namanya...

Memandangkan cuti takde.. Tapi kena balik ke semenanjung awal sebab plan nak bersalin kat Kedah, InsyaAllah, so saya apply cuti tanpa gaji next month.

Apapun, yang penting saya doakan agar semuanya selamat..

Apa yang lebih penting sekarang adalah anak dalam kandungan selamat naik flight, selamat lahir ke dunia... Amin...

Doakan saya ye semua...

Friday, January 18, 2013

~~ Tahun baru, rutin tugas baru....

Assalamualaikum wbt...

Masih belum lewat kalau saya nak update pasal kerja kan..

Well, starting this 2013, my bos nak rotate all geochemist officer untuk handle other activitites...

Kiranya macam nak train semua bahagian boleh belajar la...

Sebabnya kami yang chemist ni 4 orang je... Sorang ngah sambung PhD... So, yang tinggal ni masing2 kenatahuuntuk handle setiap bahagian analisis....

Kat makmal saya ada 4 aktiviti...

i) Eksplorasi Geokimia
ii) Batuan dan Air
iii) Mineral Berlogam dan Aloi
iv) Mineral Perindustrian

Masing2 setiap aktiviti ada rutin analisis yang berbeza-beza.. And instrument serta peralatan pun berbeza2...

Jadi sebabkan kumpulan kami ni kecil, so kena la belajar semua bahagian supaya bila mana2 chemist ada kursus ke, bercuti ke, tidak la tergendala perkhidmatan makmal ni kan....

Recently, saya dipindahkan ke aktiviti Batuan dan Air....

Ekceli daru tahun lepas bos dah suruh saya training dengan chemist dekat lab batuan dan air ni...

So, tahun ni bos bagi mandat suh pegang aktiviti batuan dan air... Tahun lepas saya pegang aktiviti mineral berlogam dan aloi....

Mencabar??

Yep.. Bagi saya memang mencabar la... Opkos la kan.. Baru setahun setengah bekerja, masih bannnyaaaaaaakk lagi yang saya belum mahir...

Jadi, tahun ni banyak saya kena study dan rajinkan diri untuk belajar....

So, let's do it...!!

All the best...!!

May Allah bless you.....!!!

Thursday, January 17, 2013

~~ I'm flying back to semenanjung next week...


Yeay.. Alhamdulillah... Hepinya dapat balik jumpa en bucuk tersayang.... a.k.a en mohd hafizi hasumin... InsyaAllah...

Dah dua minggu tak berjumpa... Haritu jumpa pun kejap je.. Isk....Isk...

Takpe.. Saya yakin dengan Allah.... =)


~~ Sore throat + bad cough TRI 3...

Entering day 1 : Trimester 3....

Memang dah mula terasa perbezaannya.... Baby dah sangat aktif menendang... Dan perasaan kasih sayang sebagai naluri seorang ibu semakin mekar dan mekar dalam jiwa.. Aitcewah... Ikatan perasaan antara ibu dan anak juga mula berputik....

Begitu juga si ayah.. =)

Saya mulai trimester ketiga dengan batuk n selsema yang teruk... Pheeww...

Bermula ngan sakit tekak, minum air bergelen2 pun tak jadik, rupanya petanda nak kena batuk n selsema yang teruk..

Agak merisaukan sebab bila batuk of course akan bagi sedikit tekanan kepada kandungan... Sian anak umi ye...

Dah tu, opkos la kena telan ubat jugak kan... Dah beli ubat batuk untuk ibu ngandung, and sekarang dalam proses untuk baik.. Batuk kahak n selsema memang menggangu..  Sedih sebab baby kan dah mula boleh mendengar bunyi dari luar.. so bila umi dia batuk kuat, sian kat baby la terkejut....

Pastu, bila batuk kuat ni, kan pundi kencing dah kena tekan ngan baby, jadi amat mudah betul untuk terkucil bila batuk kuat... Pheww... Pengalaman trimester ketiga betul2 membuatkan saya lebih berjaga-jaga....

Monday, January 14, 2013

Wednesday, January 9, 2013

~~ Hujung minggu lepas... 4 - 6 Jan 2013

InsyaAllah saya  balik ke KL jumpa suami tersayang....

Rindu rasa dah lama tak tengok suami sendiri...

Lain bila dipandang depan mata... Lain bila suara suami kita dengar betul2 kat telinga sendiri...

=)


Plan hari Sabtu, maybe round tengok barang2 keperluan, atau spend quality hours bersama- sama...

Then Ahad dah nak kena balik KK.. Hua ... Kejap je kan....

Tapi takpe...

Bila suami izinkan saya keluar atau berada jauh dari sisinya untuk mencari rezeki, saya mesti jaga kepercayaan dan kehormatan suami bila berjauhan camni...

Semoga Allah permudahkan urusan kami dan bayi dalam kandungan ni.. Amin..

p/s: Walid, durian crepe dah siap dah..... !!



~~ Capati mamak.. Diarrhea...!!

Dari jam 3 pagi sampai la masuk subuh...

Aduhai....

Memulas perut dibuatnya...

Rasanya sebab capati yang saya makan petang semalam untuk dinner..

Ekceli saya beli pagi lagi... Cuma simpan untuk jadikan makan malam...

Memang ada rasa masam sikit kuahnya tapi saya fikir maybe tu rasa kari yang mamak masak kan... masam2 sikit...

Sekali rupanya mungkin dah nak rotten kot...

Sian baby.... Kerap terjaga la semalam dia bila umi asek ulang alik g toilet..

~~ Kerap dibandingkan dengan pegawai terdahulu..

Sakit hati....!!
Tak suka...!!

Isu tiket kapal terbang pun nak dibandingkan dengan pegawai terdahulu (saya ganti tempat dia sekarang)...

Rasa nak marah pun ada...

Ye lah... Kata diorang pegawai dulu selalu kalau ada promosi tiket murah, dia mesti beli.. Banyak2...

Bila mai time saya, diorang tak nampak sangat saya ni kaki beli tiket kapal terbang... end up diorang kata saya suka beli tiket mahal2... Cis... Sabar je la... Pastu geleng2 kepala konon macam saya ni boros gamaknya...

Malas nak layan...

Saya rasa tu privasi masing2...

Tak perlu saya nak hebah2 bila saya beli tiket kapal terbang... or berapa kerap saya balik semenenanjung
dan berapa kosnya....

Rasanya masing2 ada keperluan masing2..

Tak payah nak pertikai why your husband tak datang KK bla bla bla......

Pada saya itu semua perancangan kami suami isteri dan ketentuannya terletak pada Allah jugak..

Kalau kewangan dan cuti menjadi aral, kadang2 kenalah beralah...

ok. fullstop


Thursday, January 3, 2013

~~ Bulan Januari yang agak sibuk....

Alhamdulillah..

Menginjak ke tahun baharu.. Satu lagi pertambahan masa yang Allah SWT izinkan... Tak pasti sampai bila nikmat nyawa ini akan dipinjamkan...

Yang pasti, semoga hari ini lebih baik dari semalam....

Sebagai hambaNya, tugas ini masih banyak...

Daripada tugas sebagai anak, kawan, rakan sepejabat dan kini isteri dan bakal menjadi ibu kepada umat Nabi Muhammad SAW...

Semoga Allah terus berikan kekuatan dan lindungan kepada kita semua.. Amin...

Fuh, awal tahun dah masuk meeting..

Sebab nak kena settlekan laporan prestasi masing2 dan anak buah...

Termasuk analisis sampel2 yang mula diterima..

Dan tahun ni adalah cabaran baharu dalam bidang tugas..

Dipertanggungjawabkan untuk menyelia aktiviti Batuan dan Air, saya kira agak mencabar sebab walaupun dah setahun lebih saya belajar berdikit2 dengan pegawai penyelia, tapi nyata berbeza bila digalaskan dengan tugas tu secara rasmi...

Takpe, teruskan belajar dan belajar.. Yang penting mahu belajar dan tak kekok bertanya.... =)

InsyaAllah tinggal kurang 3 bulan saya nak selesaikan beberapa tugasan sebelum mengambil cuti yang agak panjang...

Nak kena train anak buah dulu.. Nak kena manage aliran kerja baik2 dulu barulah boleh bercuti dengan tenang...

Doakan saya.. =)