share dari : http://pakarcinta.com/blog/keluargaku-ingin-meminang-kamu/
“Khitbah” atau bertunang adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj iaitu perkahwinan. Artikel kali ini PDH tujukan khas buat rakan yang bakal melangsungkan pernikahannya. Siapa? Tidak dimaklumkan kerana dalam hadis Rasulullah SAW :
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan/hebahkan) tentang perkahwinan”
(Hadis Riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu’anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat atau perundangan-perundangan Agama Islam.
Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta’arruf/berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi sebelum kita bernikah atau berkahwin.
“Tempoh Pertunangan adalah tempoh pasangan akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan sebelum memasuki alam perkahwinan.
Ujian yang paling halus akan menjangkiti hati. Dari situlah, kemungkaran dan maksiat lain akan menular.
Tempoh ini sememangnya untuk kita mengenali bakal pasangan kita, keluarganya, namun, gunakanlah pendekatan terbaik, dengan mengurangkan ruang-ruang untuk syaitan mencucuk virusnya pada hati kita ini.
Jagalah hubungan pertunangan sebaiknya, demi keberkatan sebuah perkahwinan yang suci.”
Doa Buat Mereka Yang Nak Kahwin:
Ya Allah Ya Rahim. Dari setinggi dan selaut kasih sayang-MU,kurniakanlah keimanan dan kesabaran kepada pasangan ini supaya mereka berjaya menempuh segala dugaan.
Kurniakanlah ketaqwaan dan kesyukuran supaya mereka sentiasa menerima nikmat-MU. Kurniakanlah keredhaan dan keinsafan kepada mereka supaya mereka dapat beramal ibadat di jalan-MU.
Kurniakanlah juga mereka ketabahan dan kecekalan agar mereka menjadi hamba-MU yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamnin
Dalam perhubungan, ibaratkanlah ia seperti kaca. Jika terlalu erat digengam ia akan pecah dan melukakan diri. Jika pecah, walau dicantum kembali, ia tidak seperti asal lagi.
Maka berhati-hatilah, wanita ini dari rusuk kiri yang bengkok. Jika terlalu keras memaksa ia akan patah, dengan hikmah sahaja ia dapat dibentuk.
Terciptanya bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan jua dari kaki untuk dialasi.Tetapi dekat di bahu untuk dilindungi, dekat di hati untuk dicintai, dekat di sisi untuk menjadi teman sejati..
No comments:
Post a Comment
Thanks for comment =)