Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saya Sayang Kamu

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Followers

Wednesday, July 13, 2011

~~aKU...

hari ni aku nak citer pasal rentetan sejarah zaman belajar dulu sampai lah aku dah bekerja sekarang...


tahun 93' aku masuk tadika kemas dekat kampung.. tapi ntah la asek tido je dalam tadika tu.. terus mak masukkan dalam kelas darjah satu even masa tu umur aku baru je 6 tahun.. padan muka.. tapi masa tu ada juga anak tukang kebun dengan anak PK sekolah umur sebaya aku dalam kelas yang sama... jadinya kami sama2 berada dalam kelas darjah satu tahun 93' tu.. hehehe.. kelakar juga bila fikir2 balik....


tahun 94' - 99' aku mula masuk darjah satu secara rasmi sampailah amek UPSR kat sekolah yang sama...... masa belajar dulu jenuh la kayuh beskat p tusyen.. bukan dekat..jauhhh..... rumah teacher jeeva... tapi alhamdulillah, berkat usaha p tusyen, p kelas tambahan, dapatlah keputusan yang cemerlang... aitceh.. masa tu 12 orang je yang dapat 5A... memang batch kami kena marah dengan guru besar sebab prestasi jatuh... no komen... so rakan2 yang satu batch ada yang dah kawin, amek jurusan doktor, jadi cikgu pendidikan khas, askar, macam2 la.... yang penting, semua berjaya insyaAllah....


tahun 00' -04' aku mula zaman sekolah menengah di baling.... sekolah agama selama 5 tahun.... aku amek PMR pun kat sini.. alhmdulillah, dapat keputusan yang baik.... memang la susah gile nak skor... macam2 senior aku tanya camna cara study... semuanya aku tak leh ikut cara diorang... hehehe... tambah2 subjek geo..ada yang suh hafal peta... ades.... aku tak boleh cara tu... cara paling akhir, aku buat latihan tak benti2... alhamdulillah, berkat doa, usaha, selalu call mak abah kat kampung aku berjaya.... selangkah sebelum tamat zaman sekolah menengah, aku amek SPM di sekolah yang sama.... masa ni amek aliran sains.... 12 subjek woh... memang tak menang tangan... akhirnya aku dapat result yang kurang cemerlang.. tapi takde c..alhamdulillah.....


tahun 05'-06' aku masuk matrikulasi perak... masa ni zaman paling best dalam hidup aku... masa belajar yang singkat selama 2 sem betul2 menguji erti persahabatan... bayangkan sem 1 tak de kenal sangat2, tegur2 biasa je, masuk je sem 2, baru nak rapat, nak mesra, nak jadi adik beradik, last2 dah habis belajar... sedih.. tapi hubungan persahabatan masih kekal... alhamdulillah.... syukur... ramai yang berjaya dalam bidang masing2.. tak terkecuali aku jua....


tahun 06' - 07' merupakan tahun tahun terakhir aku di menara gading di pulau tanah air... memang mencabar aliran yang aku amek... fizik? aku memang tak minat.... tapi alhamdulillah, subjek fizik masa belajar di u tak penah gagal.... tapi tu la dapat c.. hehe... akhirnya aku genggam juga segulung ijazah dengan pointer yang kurang baik... namum aku bersyukur masih berpeluang merasai zaman pengajian di menara gading...


aku keluar dari uni sebagai seorang graduan... dengan pointer yang rendah, memang aku akui sukar untuk aku menapak dalam bidang kerja sealiran dengan bidang yang aku belajar di uni....


rezeki aku kebetulan dapat bekerja di sebuah pusat pendidikan sains tidak formal di KL.... selam 2 tahun aku bekerja, seakan2 sedih untuk tinggalkan bidang yang aku pelajari dulu.. aku tetap cari kerja tetap dalam bidang aku...


alhamdulillah, satu demi satu interview aku lalui, hina, perli, makian dah aku rasai dan dengar, aku jadi kuat dengan diri sendiri...


bukan pointer yang menjadi keutamaan, asalkan ada kemahuan belajar, tak malas dan rajin berusaha, tak mustahil masih ada peluang untuk berjaya.... sekarang aku dah bekerja di makmal... ya! ini bidang yang aku belajar selama ni... aku bersyukur. walaupun jauh dari keluarga, tapi aku anggap ini sebagai cabaran sebagai seorang manusia... hidup merantau tak pernah ada dalam kamus hidup aku... mungkin ini peluang untuk aku coretkan kisah hidup di rantau orang dalam diari hidup aku... ya, mungkin!


aku jauh di negeri bawah bayu...

negeri yang masyarakatnya pelbagai kaum dan bahasa...

pelbagai adat dan resam...

aku kadang2 tersenyum bila melihat gaya hidup mereka.. yang aku sendiri tak pernah rasai dari kecil...


namun aku anggap cabaran ini sebagai pengalaman hidup.. mak pun kata "belajar hidup susah di tempat orang dan jaga diri"... aku akan pegang nasihat mak....


terima kasih mak sebab izinkan aku merantau ke negeri orang untuk membalas budi dan jasamu sebagai ibuku.....


sesungguhnya, berkat doa dan restu seorang ibu amat penting dalam perjalanan hidup kita sebagai seorang anak....


mesti bekerja kuat dan mahu belajar tentang perkara baru....


masuk makmal satu keseronokkan dalam diri aku...


walaupun aku tak berapa mahir, namun aku yakin dengan latihan dan pengalaman mampu menjadikan seseorang itu mahir setanding yang lain....



di makmal pusat penyelidikan dadah dan ubat ubatan, usm...
di makmal kimia pusat pengajian sains kimia, usm




sedang menjalankan eksperimen di makmal kimia... usm





No comments:

Post a Comment

Thanks for comment =)