Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saya Sayang Kamu

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Followers

Friday, August 24, 2012

~~ Salam Aidilfitri 1433H

Salam Aidilfitri 1433H kepada semua rakan2 blog walking daripada saya sekeluarga... =)


Monday, August 13, 2012

~~Alhamdulillah....

Semalam sempat buat kuih raya dengan Hana.. =)
Cornflakes madu.. Sebab masing2 tahun ni beraya di kampung suami kan, jadi setidaknya da juga buah tangan yang kami bawa balik ye dak...



Terbalik le pulak....

Cedap sangat ni....

Yummy....

Thursday, August 9, 2012

~~Berbuka dengan Husband dekat LCCT...

Assalamualaikum....
Ye.. Berjauhan dengan suami memang mencabar.. So sepanjang Ramadhan ni memang teruji.. Tapi insyaAllah Dia Maha Mengetahui segala sesuatu kan.. Bebaru ni saya berkesmpatan berbuka dengan hubby dalam keta dekat airport airasia... Memandangkan flight ke kk jam 820 malam, jadi kena masuk b4 8.00 mlm... dah le waktu berbuka 7.40 malam.. Bayangkan camne kami berbuka dalam keta... Memang terduga sangat2... Tapi sekurang2nya kami ada kenangan manis bersama berbuka di airport kan... Kepada hubby, thanks sebab banyak bersabar dengan kehidupan yang kita lalui sekarang.. InsyaAllah sayang pasti Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita nnti... Amin....

~~Moi sup versi Sabah

Hehe...

Semalam Hana kata teringin nak makan moi sup...

So, kami berbuka dengan moi la semalam.. takde pun sup.. Tapi lebih macam bubur sentosa kat johor kata hana..

Ada bubur nasik, and ada daging hancur goreng, telur masin, sayur sikit, gaul2 semua, memang jadik sedap sangat2 la... Siap Hana wat ayam rebus plak tu.. Carik2 gaul dalam moi sekali... Memang umph...



Wednesday, August 8, 2012

~~Berbuka puasa di kampung... Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt..

Last week saya berkesempatan pulang ke kampung di Kedah untuk berbuka puasa di sana bersama adik beradik n my husband oso...

Dapat kumpul ramai2 dengan my fam memang terharu sgt..

Thanks kepada my husband sebab drive jauh dari raub sampai sg petani untuk balik berbuka di kampung sebelah kedah...

Alhamdulilllah...

So, hari Jumaat tu dah sampai Kedah... my sis dari Paka memang dah ada kat umah wif her 3 childrens... Memang dah meriah dah... My sis fina n mum pun kat umah kan...Petang berbuka puasa ramai2 my abg sulung balik wif his fam...

My husband sampai kedah kul 11.00 mlm hari jumaat tu..

The next day, my abg kedua balik wif his wife...

So, berbuka la ramai2 ...

Siap masak siakap tiga rasa tu... my sis nadia wat red velvet cake.. yummy...

ada puding karamel...

rojak buah..

mak buah gado-gado a.k.a pecal..

daging masak kicap...

buah tembikai...

Alhamdulillah.. sedap.. Terasa nikmat dan suasana ramadhan balik berbuka kat semenanjung...

Kalau dekat sabah, berbuka sorang2 je.. takpun ada hana... Alahai... Sabar je la..

Wednesday, August 1, 2012

~~Info: Rahsia Persenyawaan

Sumber : http://pama.karangkraf.com/ekstra/rahsia-persenyawaan-1.16141

Rahsia Persenyawaan


Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on printShare on google_plusone1.

Oleh: Editorial PaMa

Tarikh: 3 Januari 2012



Sesungguhnya pembentukan janin hasil ciptaan-Nya sangat menakjubkan. Ikutilah satu persatu keajaiban proses pembentukan seorang insan bernama manusia.

Wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang belum matang. Daripada jumlah itu beratus-ratus akan matang sepanjang hayat. Ia mengandungi struktur multiselular yang dikenali sebagai folikel. Lazimnya, sebulan sekali, hypothalamus menghantar signal ke kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon perangsang folikel. Hormon ini membekalkan beberapa folikel (kecil dan berair dan dipenuhi cyst) sebelum membesar menjadi telur matang.

Satu daripadanya akan membesar berbanding lainnya. Dalam tempoh dua ke tiga hari selepas matang, telur akan bertindak balas dengan hormon luteinizing. Folikel yang merembeskan telur akan meningkatkan penghasilan estrogen. Inilah petunjuk bahawa telur sudah matang.

Telur hanya mempunyai 24 jam untuk hidup! Hanya satu sperma bertuah daripada suku billion sperma yang akan berjaya menembusi lapisan luarnya.

Dalam tempoh beberapa minit selepas ejakulasi, kebanyakan sperma akan mati akibat persekitaran berasid di dalam vagina. Daripada situ, sperma yang berjaya melepasinya akan memasuki serviks, berenang merentasi mukus serviks, kemudiannya memasuki rahim dan menemui tiub fallopio. Apabila di situ tiada telur, maka tiadalah persenyawaan.

Proses Ovulasi
Kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari. Namun ada juga kitarannya 21 hingga 35 hari ataupun 45 hari bagi segelintir wanita. Antara waktu haid, wanita mengeluarkan telur matang daripada ovari. Ovulasi biasanya berlaku seminggu sebelum (atau selepas) haid. Ovulasi kadang-kadang tidak teratur dan boleh berlaku ketika haid juga! Lazimnya, kebanyakan wanita akan mengalami proses ovulasi di antara hari ke-11 dan ke-21.

Sesetengah wanita akan berada sakit di ovari ketika ovulasi. Anda boleh mengesannya melalui perubahan lendir servik yang lebih berair dan licin sebelum dan semasa ovulasi. Ovulasi juga boleh dikesan melalui penurunan suhu tubuh yang diikuti kenaikan mendadak. Fakta menarik yang patut anda tahu, ovulasi turut dikaitkan dengan keghairahan anda untuk melakukan

Sementara itu, tiub fallopio merupakan lokasi di mana persenyawaan berlaku. Setiap ovari bersambung dengan tiub dan ruang antara ovari dan tiub fallopio hanya kira-kira 13 mm dalam diameter tetapi semakin sempit di penghujungnya. Di dalam tiub ini terdapat rambut halus iaitu cilia yang membantu pelepasan telur daripada ovari ke rahim. Perjalanannya mengambil masa beberapa hari di mana telur akan mendapat nutrisi diperlukan melalui persekitaran yang dilalui.

Dalam masa yang sama, rahim akan membentuk lapisan dalam (endometrium) yang kaya dengan darah dan nutrisi sebagai persediaan untuk menempatkan telur agar bersenyawa. Jika tidak berlaku, lapisan ini akan menjadi darah haid.

Proses Persenyawaan

Telur hanya bertahan sehari selepas dikeluarkan daripada ovari. Walaupun begitu, selagi sperma masih hidup di dalam tiub fallopio, ia berupaya untuk bersenyawa dengan telur. Tambahan pula, sperma boleh bertahan di dalam tiub fallopio untuk tempoh beberapa hari.

Apabila telur melalui tiub, sperma mempunyai reseptor yang membolehkannya menghidu telur yang dipercayai berbau manis. Ketika inilah, sperma akan menjadi aktif dengan berusaha gigih mengelupas lapisan protein telur. Tindakan agresif dan kehilangan protein membolehkan sperma melekap pada telur. Proses ini dikenali sebagai capacitation. Setelah itu, sperma mempunyai beberapa jam untuk kekal hidup dan hanya sedikit sperma akan terus berada hampir dengan telur.

Sebaik kepala sperma berjaya menembusi lapisan luar telur, terdapat enzim yang membenarkannya melepasi halangan pertama itu dan ketahuilah hanya satu sperma boleh menembusi telur. Jadi, protein pelindung telur akan menghalang sperma-sperma lain untuk masuk. Pada saat inilah, bermulanya titik awak proses persenyawaan. Ketika ini juga, muatan DNA dihantar apabila sperma diserap oleh telur dan pada masa yang sama genetik bayi anda ditetapkan.

Proses Implantasi Embrio

Telur yang disenyawakan dinamakan sebagai zigot. Maklumat yang dikodkan dalam kumpulan DNA telur dan sperma akan “memandu” zigot bagi meneruskan perkembangannya menjadi embrio. Dalam tempoh 24 jam selepas pembentukan, zigot akan memulakan proses pembahagian sel yang menjadi asas pertumbuhan sel lainnya.

Sebelum itu, ia akan berkembang menjadi sel berkelompok yang kemudiannya menjadi struktur berongga (blastocyst). Sel-sel di dalam struktur ini akan berubah menjadi embrio manakala dinding luarnya bertindak sebagai plasenta. Ia turut mengandungi nutrisi yang bakal diperlukan fetus.

Zigot kemudiannya mengambil masa empat hari untuk berpindah ke rahim. Setelah sampai ke rahim sel akan “menetas” dan bersedia untuk berhubungan langsung dengan endometrium. Apabila hal ini berlaku, kedua-duanya akan bertukar-tukar hormon dengan membenarkan blastocyst untuk melekat pada dinding rahim. Proses ini dikenali sebagai implantasi. Anda mungkin mengalami pendarahan ringan sepanjang proses ini walaupun ia sepatutnya berlangsung dalam tempoh 48 jam.

Setelah proses itu, serviks akan ditutup dengan mukus. Memandangkan zigot kini selamat, kehamilan anda akan melalui langkah seterusnya. Pada tahap ini, sesetengah sel zigot membentuk plasenta manakala yang lainnya menjadi embrio.

Tiga minggu berlalu, sel saraf pertama akan terbentuk. Dalam minggu-minggu dan bulan berikutnya, pertumbuhan sel akan terus berlaku membentuk sel-sel khusus dan berbeza antara satu sama lain. Menariknya, jika fetus ialah perempuan, ia akan pantas membangunkan berjuta-juta telur tidak matang menjadi dewasa.

**Teringat masa belajar bab reproduksi masa di matrik dulu... Perah otak nak hafal proses persenyawaan ni.. Siap lukis2 lagi..

~~Ikan ternggiri bakar....

Assalamualaikum....

Semalam rasa nak makan sup sayur sawi telur.. hehehe.. Menjadi gak la buat kat umah... Pastu ada 2 slice ikan tenggiri, pan je atas kuali leper tanpa minyak.. Then perach limau cikit n some black pepper on it... Marvelous...

Pastu, saja tgk dalam peti banyak lagi cili padi, terus terpikir nak wat sambal kicap y selalu orang wat sebagai penciciah tu.. My husban suka sangat sambal kicap ni.. Tambah2 ada bawang putih sikit, yummy....

Abg buka posa makan nasi kukus ayam rempah... wah..... Sedap tuh.. heee...

InsyaAllah, kalau ada rezeki Jumaat ni boleh jumpa abg kat my kampung sebab balik buka puasa sana this weekend...

Raya tahun ni insyaAllah di sebelah keluarga suami... =)