Dengan izinNya kita bertemu... Dengan izinNya jua, kita dijodohkan... Dengan izinNya juga segala2 nya berlaku... Dengan izinNya juga kita akan berpisah.... Dengan izinNya juga aku dipinjamkan untukmu... Dengan IzinNya juga kamu dipinjamkan untukku.... Sama2 lah kita bergantungan kepadaNya yang Maha Mengetahui segala sesuatu... SubahanaAllah...
saYaNg WaLiD & uMi
Wednesday, November 24, 2010
~~Arwah abah yang amat kusayangi.....
Tanggal 18 Disember 2007 abah pergi meninggal kami semua....
Masih segar diingatan ini tarikh tu....
Khabar berita yang aku terima sangat memeritkan apabila kehilangan seorang insan yang amat kusayangi...Apatah lagi arwah abah merupakan insan yang sentiasa memberi dorongan dan doanya sentiasa mengiringi kami semua....
Rindu untuk berbicara dengan abah...
Rindu nak dapat kucupan dahi daripada abah..
Rindu nak salam dan cium tangan abah,....
Aku mengagumi abah...Tak pernah marah..Bahasa dan tegurannya sentiasa bernada rendah..tetapi aku faham teguran yang diberikan.....
Kini, tiada lagi kata nasihat dari abah yang boleh kubawa sebagai pemberi semangat atau teguran kepada diriku.....
Tiada lagi doa seorang abah kepada anak2nya.....
Yang penting kini, aku sentiasa mendoakan arwah abah sejahtera di sana bersama para solihin...
Mak, aku berjanji akan menjagamu sehingga habis nyawaku....
Mak, aku berjanji akan menurut katamu....
Mak, aku mohon doa dan kasih sayangmu.....
Sangat sayang dan kasih kepada dua insan yang telah mencorak aku dari kain putih sehinggalah kini.........
Abah dan mak...Kasih sayangmu akan ku jaga sampai bila2...
Anakmu,
Cik Kimi
Tuesday, November 23, 2010
~~Terbangun lewat waktu hari bekerja...memang menakutkan....
Pagi tadi dengan selambanya aku telah TERbangun lewat.......
Memang menakutkan...
Jantung seakan2 berhenti berdegup..
Yelah...buka je mata, matahari dah atas kepala....Mahu melompat turun dari katil....
Dengan baju tak gosok lagi....
Salah aku jugak..dah terjaga kul 6am tu, lepas g toilet, terus tido balik....huhu.....
Padan la muka.....
Naseb bek sampai opis 7.58am....
Klu tak, merah la jawabnya punch card 82...hahaha
P/S: kepada encik encem, maaf tau tak sempat dah nak kejutkan pagi tadi..... hehehe
~~Black Monday??? Is it really exist??
Salam..
Selalu dengar orang cakap Black Monday..atau Bad Monday...tapi betul ke hari Isnin ni memang boleh dikatakan sentiasa ada benda yang stress atau tekanan kerja yang tinggi waktu hari Isnin?
Kebiasaannya, orang akan elakkan sebarang program besar pada hari Isnin...or maybe small2 meeting....
Kadang 2 terfikir jugak, yeke ada black monday.,?
Ikutkan pengalaman kerja, hari Isnin je mesti ada kerja yang stress atau perkara adhock berlaku yang menyebabkan hari Isnin tersebut seakan2 bersarang dengan cabaran,dugaan dan maalah.....
Normally, hari Sabtu dan Ahad orang bercuti..So, maybe mood rehat tu masih berbaki...So, bila kerja hari Isnin, selalunya otak masih set dalam keadaan rehat..Hahah.....Sebab tu la kadang2 bila hari Isnin tak sempat nak recall apa last Friday punya kerja...Last2, stuck kat depan komputer...tarik rambut bagai nak gila....
Yeke sebab Sabtu dan Ahad tu cuti atau ada sebab lain??
Apa pendapat kawan2...??
Monday, November 15, 2010
Weight Loss Challenge....8 weeks only???!!!!
Haha...mesti semua terkejut bila baca tajuk entry ni....hehehehe.... Cik Kimi dah bersedia ke??? Hehehe.....
Erm....jom cuba la...mana la tahu kan....
So, kepada encik encem, sila support saya...=)
Anyway, someone owe me to marry his girlfriend if I loss weight and get my ideal weight loooo...Hahaha...Lok and Jojo....Sweet couple...
And satu lagi, Lok ni Fitness First punya trainer tau....
And guess what, I get free training with him just to accomplished the mission for Slimming Compitition...kah.kah.kah...That's awesome looo....Ikutkan, satu jam kena bayar RM120 untuk trainer...
Let's see how the things work....
Good luck for myself....
Posing masa jogging kat taman di USM...haha
~~Apakah checklist yang perlu ada sebelum sesuatu program diadakan?
Well, aku bukan orang yang layak untuk berdebat tentang bendalah macam ni..huhu..
Tapi rasanya setiap orang kena tahu apa checklist yang perlu ada sebelum sesuatu perkara/program dilaksanakan....
daripada sekecil2 jamuan sehinggalah sebesar2 istiadat, semuanya memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.
Walaupun aku dah lama terjebak(a.k.a terlibat) dengan bendalah macam ni, but still aku lemah (kurang) ilmu tentang penelitian checklist/persiapan sebelum pelaksanaan program tersebut....
Macam mana ni eh...
Korang ada ilmu untuk diturunkan kat aku tak?
Kadang2 bendalah macam ni dapat dipelajari melalui pengalaman....No doubt...
Atau mcm mana pendapat yang lain??
Ketika menjadi fasilitator di Matrikulasi Pulau Pinang...Bersama Salha, rakan baik di USM,Penang.
~~Copy and Share : http://sekamarrindu2009.blogspot.com
Friday, November 12, 2010
Wednesday, November 10, 2010
~~Him~~ Episod 1
1.0 Dia
Tanggal 14 Februari 2007 termeterai ikatan percintaan antara dua jiwa insan yang sudah berkawan dan saling mengenali antara satu sama lain hampir setahun....Pertama kali mendengar nama si dia, sudah cukup membuatkan hatiku bergetar dan berdebar....Lantas, dengan muka tebal aku minta nombor telefonnya daripada sahabatku ketika itu, Syarini... Tapi, bukan mudah nak dapat nombor telefon orang ni tau...hehe....
Dan perkhabaran gembira aku terima beberapa hari kemudian.....
Si dia membenarkan aku mendapatkan nombor telefonya....
Dan bermula dari situ perkenalan kami bermula....
Mengenalinya, memahaminya, mendekatinya, menerimanya dan mengasihinya merupakan saat-saat manis yang pastinya kekal segar dalam memori aku...
Terima kasih sayang kerana menghargai diri ini sehingga kini dan kuharapkan kasih ini kekal abadi selamanya....
Tuesday, November 2, 2010
~~Kerja kawin di Batu Pahat~~
Setiap kali bertandang ke rumah keluarga angkat di Johor, pastinya aku akan membawa pulang kenangan manis sepanjang berada di sana. Kalau nak tahu tentang adat melayu, negeri Johor masih kuat mengamalkan adat2 ni... Cukur Jambul, Tol, Majlis Berinai, Majlis Nyambut, dan macam2 lagi...
Macam di Kedah, especially my family, kitaorang biasa2 ja... buat apa yang perlu... =) Sebab tu bila aku rasa nak tgk adat dan kerja kawin, biasanya aku akan ke Johor... Tak pun Kelantan...
Dah tahu kena buat kerja kawin pagi tu...=)
Macam biasa..rutin menghias udang goreng cucuk kat nanas....
Memang dah pakar tau bab mencucuk udang goreng kat nanas ni..hihi
With my adik angkat , Mera.... She turns 16 next year..=)
Ni plak macam dah kakak angkat aku dah...Kak Ani...sangat peramah orangnya...mcm Cik Kimi jugak....=D
Menyempat lagi pergi umah Salha, my best friend masa di USM dulu.... Peluang nak g umah dia bukan senang ni...hehe...
Oklah..tu je post untuk kerja kawin di Batu Pahat..
Sapa orang Johor? Best tak jadi anak Johor?
Hehehe
~~Fabulosief~~
Ada yang suka ngan perfume?
Ni memang best..casing dia meletoopp....
Wangi pun wangi...
Senang cakap, complete set kalau nak dijadikan hantaran atau koleksi...
Kalau nak order, gtau je saya k....=)
Produk ni terus dari US...
Kena gtau 2minggu awal baru boleh dapat sebab dipos terus dari US ke Malaysia...
Harga RM250...kalau kat luar maybe mencecah 300ratus....
Tata...
kimi_mind@yahoo.com