Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saya Sayang Kamu

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Followers

Wednesday, June 30, 2010

Bermula dari ECLIPSE ...aku jatuh hati kepada novel berbahasa inggeris..=)

Salam,

Ekceli mmg dah lama aku follow cerita Twilight...lepas tu New Moon....dan becoming soon, Eclipse....

Since cerita ni mula ditayangkan, memang aku ambil tahu ttg tarikh2 penting filem ni masuk wayang..ahaks...=p

Lepas Twilight masuk panggung, mmg best lah kan...sebab ramai yang tertawan dengan kehenseman EDWARD CULLEN...haha...

Tapi bila New Moon masuk panggung, aku cair pulak dengan JACOB...the werewolf...aisehman....

Tetiba semalam ternampak novel Eclipse kat meja senior ni....Pn Siti...Mmg lama dah dia suh baca novel..dulu cuba gak baca Twilight, tapi tak menjadi...so...malas sudah...hehe

Tetiba je teringin nak baca novel ECLIPSE ni...sekali aku dah jatuh hati da la pulak...aisehmen....

So, cepat2 pagi tadi masa sampai opis aku sambar lagi 2 novel yang len....New Moon ngan Breaking Down...huhu...novel Twilight ada kat member lagi sorang..

Jadi. minggu ni aku akan menjadi seorang yang RAJIN...!!

Hehehe....

Tuesday, June 22, 2010

~~Anak-anak buah yang Makcik diorang tak sempat menjenguk....



Salam...

Setelah kak aku bersalin anak dia ni...
Aku sempat tgk kejap je...
Sampai kak aku dah habis pantang dan sekarang dah nk balik Terengganu semula,aku tak balik kampung lagi dek kerja yang mendesak..huhu
For my sister, so sorry la tak dapat tgk anak you selalu....

Paling menarik, tahun ni mak aku dapat dua cucu lelaki lagi...so, total anak saudara aku ada 4 orang...semua LELAKI....haha....

Tapi yang sedih, anak abg aku, Mohd Azki B Juhan Mokhrij pun aku belum tgk2 lagi..haha..sampai dapat mesej dari abg aku "hang tak tgk anak abg lagi kan kena bagi hadiah besaq"...

Adeh....

So,tengah pening nak beli apa ni hadiah nak bagi kat baby abg aku....ngan baby kak aku...

Any ideas?

Friday, June 18, 2010

~~Lagi sebulan...

Salam..

Alhamdulillah...tadi dapat call dari En Hafez...LOAN dan approve..=)

Just be ready untuk 9 tahun yang akan mendatang dengan penuh misteri...

Antara lokasi yang telah aku niat nak pergi adalah seperti berikut :

1) Kampung Bukit, Sungai Pasir, Kedah
2) Yong Peng, Batu Pahat, Johor
3) Rembau, Negeri Sembilan

Hehe...Oklah...Roger dulu...
Manyak kerja tertangguh lagi ni....

Daa~~

Tuesday, June 15, 2010

Innovative Malaysian di Pusat Sains Negara _Jun

Salam all bloggerz...
Well, lama sungguh rasanya tak update blog ni..teramatlah sibuknya...serius tak tipu..huhu...

Oklah, ekceli bulan Jun and Julai ni kena handle program kat pusat sains negara ni...so mmg lah kena bagi sepenuh komitmen kan...

Untuk pengetahuan korang, pada bulan Jun ni Pusat Sains Negara menawarkan program Innovative Malaysians bagi sama2 menjayakan agenda negara merealisasikan tahun Malaysia Inovatif 2010 yang telah dirasmikan pada 27 Januari 2010 yang lalu...So pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk disertai oleh semua para pengunjung ke sini....

Tak menang tangan nak melayan ibu bapa yang nak mengisi borang bagi mendapatkan tempat untuk bengkel kreativiti yang ditawarkan khas sepanjang musim cuti sekolah ini..ada yang sampai merayu-rayu..mahukan anak mereka diberi peluang untuk merasai pengalaman sepanjang bengkel kreativiti tersebut...syabas kepada ibubapa yang sangat prihatin dan mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka sepanjang musim cuti sekolah ini...

Ada juga yang saban hari menghantar anak mereka bagi mengikuti bengkel pada setiap hari yang dijalankan...Tahniah ayah dan ibu!!

Paling mencuit hati, bila aku kena jadi babysister kepada seorang anak pelawat ni yang nak letak anak dia di Pusat Sains Negara dari 9.00 am - 3.30 pm....Terasa tercabar kesabaran aku sebagai anak bongsu ni....huhu...Anyway, good experiences for me at least =)

Memandang cuti sekolah pada 2-20 Jun ni, mmg lah teramat ramainya pengunjung yang datang ke sini...Haiyoo...terasa bergegar kepada otak jiwa dan raga....Hua..hua.hua...

Kenangan manis sepanjang aku merancang dan melaksanakan program ini adalah dapat belajar pelbagai pengalaman baru, menyedari kesalahan dan kesilapan yang tak sepatutnya berlaku, mengenali hati budi pelbagai pihak dan paling penting, mengetahui diri sendiri dengan lebih terbuka....

Oklah, sebagai sisipan, ni sikit gambar2 sepanjang bulan Jun yang sempat di snap dan lepas ni aku busy plak dengan program pada bulan Julai, Arts Meet Science..

Daa...


Pemenang pertandingan Mini Solar Car


Happy berlatih kereta solar masing-masing


Making kaleidoscope..Smile


Tekun menjalankan tugasan...bengkel kereta solar mini



Our kaleidoscopes =)