Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saya Sayang Kamu

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Followers

Thursday, July 26, 2012

~~Keputihan dan Kehamilan....

sumber:  http://thecoloursofmylife-sue.blogspot.com/2010/07/keputihan-dan-kehamilan.html

Keputihan Dan Kehamilan


Posted by Sueozana Labels: Kesihatan, Pendidikan


Masalah penyakit keputihan wanita (keputihan) merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.
Masalah keputihan boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan ini mengganggu aktiviti seharian mereka.

Masalah keputihan yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan tersebut adalah normal atau suatu penyakit.

Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta sewaktu kehamilan.

Menurut Illinois Department of Public Health, bakteria atau kulat yang menyebabkan penyakit keputihan mampu ‘menyerang’ TIUB FALLOPIA dan UTERUS seseorang wanita yang dijangkiti keputihan. Keadaan ini menyebabkan kesukaran kepada wanita yang dijangkiti keputihan untuk hamil.

Penyakit keputihan menjadikan sistem tubuh seseorang wanita itu tidak subur dan menyebabkan risiko KEHAMILAN EKTOPIK (ECTOPIC PREGNANCY).

Dalam istilah perubatan, perkara sebegini adalah lebih dikenali sebagai “Pelvic Inflammatory Disease (PID)”. Anda boleh bertanya dengan lebih lanjut PID ini kepada doktor yang merawat anda.

Selain itu, bakteria atau kulat daripada jangkitan keputihan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada TIUB FALLOPIA.

Kerosakan Salur Fallopia kerana Keputihan
Jika berlaku kerosakkan begini, maka peluang untuk seseorang yang dijangkiti keputihan untuk hamil adalah sangat tipis sekali. Antara langkah bijak yang perlu diambil segera adalah dengan menghalang daripada dijangkiti keputihan ini. Sekiranya seseorang itu sudah dijangkiti keputihan, dia perlu merawatnya dengan kadar yang segera.
Kehamilan Ektopik
Sifat serta banyaknya cairan keputihan boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting, iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Di bawah adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan yang abnormal:



>> Jangkitan kulat candida atau monillia, mengeluarkan keputihan yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal.



>> jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal



>> Jangkitan bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau.



>> Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah.



>> Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk.



Lain-lain penyebab keputihan:



>> Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen.



>> Ubat seperti antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen



>> Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

Antara perkara yang perlu untuk diketahui /diambil :

1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan.
2. Tidak menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin atau penggunaannya berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang berfungsi melindungi terhadap kuman dari luar.

3. Menjauhi tekanan yang berlebihan

4. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil

5. Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan

No comments:

Post a Comment

Thanks for comment =)