Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saya Sayang Kamu

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Followers

Thursday, August 4, 2011

~~Kebab Boom....



Share je dari blognuriz....=)

Ahak..bulan bulan puasa nih, cerita pasal Roti John le pulak..haha..terliur sat lagi kot..dah le tengah hari ni..huhu!! Memang banyak jenis juadah di bazar ramadhan kalau kita pergi petang petang lepas balik keje, semua ada, cakap je nak apa. Roti John, roti kebab, murtabak…adusss!! Orang yang bekerja, tak sempat nak masak, beli je. Orang kata kuih tunjuk2 je..dah siapp. Kalau dalam rumah ada 2, 3 orang nak buat kuih setalam mana nak habis, nanti buat membazir je, beli je le kat bazar tu, setakat 2,3 jenis. Bukan nak makan banyak sangat pun.
Takmo citer panjang meh kita tengok resipi Roti John buat sendiri ni, heheh!! inti roti je buat sendiri, roti tu beli kat kedai je le ek..

Sebenarnya ni gambar masa sebelum bulan puasa, buat untuk makan makan bersama keluarga. Jadi Nuriz saja le nak share, kalau ada yang teringin nak cari Roti John di bulan posa ni, tapi kena beratur panjang lak, apa kata kita buat le sendiri, roti hot dog tu pun buleh.


Roti John
Cara buat inti:
2 biji telur

1ct serbuk kurma (kalau nak)

1ct serbuk kari

1 bawang besar dipotong dadu

1bj bawang putih

garam gula secukup rasa

daging/ayam cincang

Masak inti dulu

1. Tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan daging, serbuk kari dan serbuk kurma, garam dan gula secukupnya. Biar daging masak dulu.

Tutup api.

2.Pukul telur. Masukkan dalam inti daging. Kacau bagi sebati.

Sediakan roti pulak

3.Potong dua bahagian roti jangan bagi putus.



4. di dalam kuali leper, atau non stick pan, sapu minyak sikit je. Tunggu panas sekejap.

5. Ambil dengan senduk/sudu kaup inti yg dah bercampur dengan telur tadi letakkan atas kuali leper tu. Agak agak padan dengan roti tu, jangan banyak sangat.

Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sekejap inti tu. Bila dah masak inti dan telur tu, balikkan roti sekejap. Dah siap. Ulang buat untuk roti yang kedua lak.

6. Boleh letak daun salad, sos cili atau sos salad kegemaran anda.

Walahhh!! perut dah berbunyi hehehe…!!

Sumber :
http://nurizspace.com/2010/12/resipi-kebab-buat-sendiri.html

No comments:

Post a Comment

Thanks for comment =)