Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saya Sayang Kamu

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Followers

Wednesday, July 27, 2011

~~Jom sambut Bulan Ramadhan...




Alhamdulillah...



Baru2 ni berkesempatan menghadiri diskusi Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Hassan Din Alhafiz dekat Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu Sabah....

Rasa seronok bila dapat hadir majlis ilmu macam ni.. Tambah2 pulak kita nak sambut kedatangan bulan Ramadhan ni....

Jadinya, Cik Kimi nak kongsi sedikit la apa yang Ustaz Hassan Din kongsikan pada malam tu...

1) Apabila kita berada dalam majlis ilmu, kita akan mendapat RAHMAT dari Allah, KEAMPUNAN dari Allah dan nama kita akan disebut2 di sisi Allah....Berada dalam majlis ilmu sebenarnya seumpama kita sedang berada dalam RAUDAH Allah... SubhanAllah.. Hanya kerana Allah limitkan penglihatan kita, kita tak nampak keistimewaan majlis ilmu ni.... Apabila kita berada dalam majlis ilmu, malaikat sedang memayungi kita dengan sayapnya.. MasyaAllah...




2) Rasulullah berkata, bulan REJAB bulan Allah yang mana Allah pilih peristiwa ISRAK DAN MIKRAJ untuk berlaku dalam bulanNya, bulan Syaaban bulan aku (Nabi Muhammad S.A.W), yang mana terdapat peristiwa NISFU SYAABAN (hari ke 14-malam ke 15, sunat berpuasa) manakala bulan RAMADHAN adalah bulan umatku (kita sebagai umat ISLAM), terdapat satu malam yang disebut sebagai malam LAILATULQADAR. Bila? Allah kata, "Bulan kamu, kamu cari sendiri", tapi Nabi Muhammad S.A.W kasihankan umatnya, dia berikan klu.. "Pada 10 malam terakhir, carilah kamu malam LAILATULQADAR, yang mana malamnya adalah malam ganjil ( malam ke 21,23,25,27,29).. Tapi untuk mendapatkan malam ini, macam perlawana bola sepak juga.. Ada pusingan pertama, pusingan kedua dan pusingan akhir... Jadi jangan hanya pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 je kamu kejar Lailatulqadar, memang lah tak jumpa... Nabi bersabda, pada 10 malam terawal terdapat RAHMAT ALLAH, 10 malam pertengahn terdapat MAGFIRAH ALLAH (PENGAMPUNAN DOSA2 BESAR) dan malam 10 terakhir akan TERSELAMAT DARI API NERAKA... MasyaAllah... Masa dengar Ustaz Hassan Din sampaikan perkara ni, rasa nak menangis pun ada sebab betapa Allah sayangkan hambaNya...








3) Nabi Muhammad S.A.W bersabda, barangsiapa yang berpuasa genap bulan Ramadhan (yang kurang diqada') , kemudian bersambung dengan 6 hari di bulan Syawal, dia dianggap berpuasa selama-lamanya... Puasa 6 hari di bulan Syawal paling baik adalah pada bermula 2 Syawal berturut2 hingga 7 Syawal. Juga boleh dilakukan selama 6 hari berturut2 pada bila2 dalam bulan Syawal (kurang baik sikit) dan juga boleh buat bila2 dalam bulan Syawal sebanyak 6 hari ( tidak berturut2) ini paling kurang baik la.... Jadi, tanyalah diri sendiri ye....








4) Kes ni selalu jadi kat orang yang merantau ke luar negara, kalau semasa berada di Luar negara dia baru berpuasa 28 hari, dan bila balik ke Malaysia esoknya dah raya, HARAM baginya berpuasa, dia kena sambut Hari Raya Aidilfitri dan menqada' semula puasa selama 2 hari itu. (maksimum bil. berpuasa dalam Islam adalah 30 hari).








5) Kes sama juga mcm di atas, dia berada di oversea, dah berpuasa 30 hari, dan bila balik Malaysia orang masih berpuasa, HARAM baginya berpuasa, tetapi dia tidak boleh makan secara terbuka. kena hormat orang yang berpuasa. Indah kan ISLAM ini...








6) Sepanjang bulan RAMADHAN, tidur dikira ibadah, berdiam diri dikira bertasbih malah berdengkur dikira berzikir MasyaAllah... Punyalah Allah nak berikan pahala kepada hambNya... Cuba bayangkan kalau kita membaca Al-quran, berzikir, bersedakah, agak2 berapa banyak pahala tu kan.... kalau dah tidur pun dikira beribadat....








7) Zaman sekarang, budaya orang dia akan paksa anak2 yang masih kecil untuk berpuasa... Memang boleh, tapi jangan sampai anak2 kata berpuasa depan kita, tapi di belakang, entah berapa gelen anak2 minum air paip... Sebab bila jadi macam ni, anak2 tidak suka bila setiap kali bulan puasa datang... Kalau nak didik anak2 berpuasa, buatlah secara perlahan2...








8) Suruhlah anak kamu bersolat ketika masuk umur 7 tahun, dan pukullah mereka sekiranya mereka tidak mahu solat... inilah yang sepatutnya ibu bapa amalkan kepada anak2...








9) Sekiranya kita tinggal solat, tak ada orang boleh tolong kita.. Dosa pahala diri sendiri yang kena tanggung... Kalau puasa, waris wajib tolong qada' kalau kita dah meninggal.... sebab tu tadi, bila puasa, jangan paksa anak2 yang masih kecil, tetapi paksalah mereka bersolat kerana itu merupakan kewajipan atas diri sendiri....








10) 1 tahun = 7 cupak beras




Kalau seseorang tak ganti puasa yang ditinggalkan pada tahun sebelum itu dan datang ramadhan yang seterusnya, maka wajiblah dia qada' puasa tu dan membayar fidyah. Dan kalau tahun seterusnya tu pun dia tak qada' puasa dan tak bayar fidyah, maka wajib baginya qada' puasa (bilangan puasa ganti kekal) dan membayar fidyah ( naik sekali ganda = 2 tahun = 14 cupak beras)... Dan kalau bertahun2 tak buat, fidyah akan berganda tetapi bilangan puasa tetap sama.... Jangan leka bab2 ni ye.... Kalau tak waris yang menganggung tu....








Alhamdulillah, dapat juga ilmu agama....




Sekurang-kurangnya dapat memperbaiki diri sendiri...








Wallahua'lam...
















No comments:

Post a Comment

Thanks for comment =)