Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saya Sayang Kamu

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Followers

Wednesday, November 24, 2010

~~Arwah abah yang amat kusayangi.....


Photo terakhir arwah abah bersama Mak di banjaran titiwangsa (hentian ke Terengganu)

Tanggal 18 Disember 2007 abah pergi meninggal kami semua....
Masih segar diingatan ini tarikh tu....
Khabar berita yang aku terima sangat memeritkan apabila kehilangan seorang insan yang amat kusayangi...Apatah lagi arwah abah merupakan insan yang sentiasa memberi dorongan dan doanya sentiasa mengiringi kami semua....

Rindu untuk berbicara dengan abah...
Rindu nak dapat kucupan dahi daripada abah..
Rindu nak salam dan cium tangan abah,....

Aku mengagumi abah...Tak pernah marah..Bahasa dan tegurannya sentiasa bernada rendah..tetapi aku faham teguran yang diberikan.....

Kini, tiada lagi kata nasihat dari abah yang boleh kubawa sebagai pemberi semangat atau teguran kepada diriku.....

Tiada lagi doa seorang abah kepada anak2nya.....
Yang penting kini, aku sentiasa mendoakan arwah abah sejahtera di sana bersama para solihin...

Mak, aku berjanji akan menjagamu sehingga habis nyawaku....
Mak, aku berjanji akan menurut katamu....
Mak, aku mohon doa dan kasih sayangmu.....

Sangat sayang dan kasih kepada dua insan yang telah mencorak aku dari kain putih sehinggalah kini.........

Abah dan mak...Kasih sayangmu akan ku jaga sampai bila2...

Anakmu,
Cik Kimi

No comments:

Post a Comment

Thanks for comment =)