Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saya Sayang Kamu

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Followers

Monday, August 30, 2010

~~Art Meets Science Julai 2010~~


Salam,

Hi all boggerz...
Dah makin dekat dengan raya dah....cepat sungguh masa berlalu...harap2 kita dah melipatgandakan amalan di bulan yang mulia ni....

Oklah, ekceli entry kali ni nak bersembang dengan uo'll pengalaman semasa menjalankan program bertema Art Meets Science di Pusat Sains Negara (tempat kerja aku) masa bulan Julai yang lalu....Memang banyak jugak pengalaman menarik, suka duka sepanjang melaksanakan program tu...biasalah, kalau kerja baik mesti ada dugaannya....takkan semua benda berjalan dengan lancar kan....

Nama program Art Meets Science ni diambil untuk mengketengahkan kesenian sains yang ramai masyarakat umumnya tidak sedar atau dalam erti kata lain tidak perasaan akan kesimbungan antara dua elemen penting ni....Sekarang ni kan femes pasal cupcakes (aku panggil kek comel)...korang tau tak, kalau nak buat adunan muffin cupcake ni kena ada sukatan tepung yang betul, sukatan gula yang betul, berapa biji telur nak guna, mana satu perlu diputar terlebih dahulu..kalau main campak je smua, pakai mendap la jadinya kek tu....ha, di sinilah kesenian sains tu wujud....sains semasa menyukat tepung, gula, dan mentega, sains memutar telur sehingga kembang bersama gula terlebih dahulu sebelum bahan2 lain dimasukkan ke dalam adunan....Mungkin ramai yang tak perasan keperluan pengetahuan sains kalau nak masak kek...hehe....Jadi, ni la masanya kitaorang nak sebarkan kepada DUNIA (wala.....jauhnya aku berangan) bahawasanya sains dan seni ni sememangnya tidak dapat dipisahkan....bak kata orang tua2, bagai isi dengan kuku..(apalah aku merepek ni...ye ke pepatah tu sesuai untuk entry ni...huhu)...


Masing2 nak cuba hiaskan kek comel tu...sebelum ni tahu makan je kan...=p


Sepanjang program ni dilaksanakan, macam2 la aktiviti yang menarik telah disusun...ada pameran hasil seni kerjasama Pusat Sains Negara dengan Institut Kraf Negara, ada aktiviti mingguan, dan ada juga 'weekend special' iaitu Festival Art Meets Science yang merupakan acara kemuncak bagi program bertema bulan Julai ni...

Nak diceritakan satu persatu nanti takut korang bosan lak ??? Nak tahu jugak ??
Ok2, antara aktiviti menarik minat pengunjung adalah Origami-My Butterfly, Cooking with Chocolate dan juga Colors Exploration...Ha, kesemua aktiviti ni diadakan pada hujung minggu....Memang dapat sambutan hangat daripada pengunjung yang datang ke sini....Ada juga ibu bapa yang dah call untuk booking tempat..Hehe..timakaceh sesangat kepada ibubapa yang sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti yang dijalankan....

Antara lain yang menarik adalah sewaktu Festival Art Meets Science dijalankan pada 24 dan 25 Julai 2010...Sambutan luar biasa yang diterima memberikan satu kejutan kepada kami, pihak penganjur...Apapun, tanpa pengunjung Pusat Sains Negara, pastinya program tersebut tidak meriah...TERIMA KASIH SEMUA...=)

Antara sudut aktiviti yang menjadi tumpuan pengunjung adalah Karikatur =)

Menghias kek comel =)

Melukis inai di tangan =)

Paper Toys =)

3D Kraf =)

Demonstrasi hasil kraf =)


Oklah, rasanya cukup dulu entry untuk kali ni...kang berpinar2 mata korang membaca...hehe...

Ops, lupa nak ucapkan selamat berposa kepada semua rakan2 bloggerz...Jangan posa yang-yook..

XOXO,
kimi_mind_mood_raya

2 comments:

  1. seriously, saya kecur tengok biskut yang sedang dihias tu.. huhu :(

    ReplyDelete
  2. haha...=) jap g balik ingatkan saya bagi kek ye..=)

    ReplyDelete

Thanks for comment =)